AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Sunday, August 14, 2011

LAWATAN BERINFORMASI KE KL & SHAH ALAM

Pada hari Jumaat, 25 Februari 2011, Jawatankuasa Kelab Rukun Negara telah mengadakan lawatan berinformasi 3E (x'plore...x'perience...x'cited) ke beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam. Lawatan ini disertai seramai 36 orang pelajar tingkatan 4 & 5 dan diiringi oleh 3 orang guru.


Seawal jam 8.00 pagi, para pelajar dan guru pengiring menaiki bas yang disewa khas. Perjalanan mengambil masa 6 jam untuk tiba di Kuala Lumpur.


Destinasi pertama yang kami lawati ialah Muzium Negara. Muzium yang terletak ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur ini telah dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ketiga, Tuanku Syed Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail pada 31 Ogos 1963.


Lawatan di Muzium ini dikendalikan oleh jurupandu khas muzium, Cik Wahida. Beliau memberi penerangan ringkas setiap galeri yang ada di muzium ini lebih kurang sejam setengah.


Destinasi kami yang kedua ialah tugu peringatan negara atau lebih dikenali sebagai Tugu Negara. Tugu ini telah siap dibina pada 8 Februari 1966. Ia dibina adalah untuk memperingati dan memberi penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur dalam medan peperangan pada Perang Dunia 1(1914-1918), Perang Dunia Ke-2 (1935-1942) dan semasa darurat (1948-1960)


Menjelang petang kami dibawa menginap di Pusat Belia Antarabangsa, Cheras. Tepat jam 8.00 malam, ahli rombongan berkumpul semula untuk lawatan yang seterusnya iaitu I-City, Shah Alam. Perjalanan dari tempat penginapan ke I-City mengambil masa sejam. Setibanya disana, kami diberi masa 2 jam untuk menikmati dan menghayati keindahan kerlipan cahaya-cahaya lampu yang direka unik dalam pelbagai bentuk disitu. Para pelajar dan guru pengiring tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar kenangan sepanjang berada di situ.


Pada keesokan paginya, Sabtu 25 Februari 2011, selepas bersarapan rombongan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Menara Berkembar Petronas dengan satu tujuan iaitu untuk melawat Jejantas Udara (SkyBridge). Kami diberi taklimat ringkas oleh petugas dan dipertontonkan dengan visual dalam bentuk 3D mengenai Menara Berkembar Petronas. Seterusnya kami dibawa menaiki lif ke tingkat 41 dengan ketinggian 170m dari aras bumi pada kelajuan 1 tingkat/saat.


Kami diberi masa 15 minit untuk berada di atas jejantas tersebut. Menurut jurupandu yang ditugaskan, fungsi jejantas adalah untuk memudahkan pergerakan di antara kedua-dua menara dan juga sebagai laluan keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.


Kemudian, kami dibawa ke Planetarium Negara. Kami dipertontonkan dengan satu video mengenai angkasa lepas yang bertajuk Dawn of The Space Age di Teater Angkasa. Kami turut berpeluang mencuba pelbagai jenis permainan dan juga eksperimen yang disediakan di sana.


Setelah hampir dua jam di sini, ahli rombongan kemudiannya dibawa ke Pusat Sains Negara. Ternyata ruang untuk diterokai di sini lebih luas dengan aktiviti dan pameran yang pelbagai. Antara yang menjadi tumpuan pada hari tersebut adalah Pameran Dinasour Terbesar "Dinos Live".


Tepat jam 6.30 petang, rombongan bertolak pulang dari Pusat Sains Negara, Bukit Kiara dan selamat tiba di sekolah pada jam 12.32 malam.

No comments:

Post a Comment

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH