AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Wednesday, January 20, 2010

MESYUARAT AGONG RUMAH SUKAN SMAHI 2010

Satu Mesyuarat Agong Rumah-rumah Sukan SMA Hidayah Islamiah telah diadakan serentak pada 13 Januari 2010 jam 3.00 petang. Rumah-rumah sukan terdiri dari Rumah Biru, Rumah Putih, Rumah Hijau dan Rumah Kuning. Di antara agenda mesyuarat adalah pembubaran jawatankuasa lama dan perlantikan jawatankuasa baru rumah sukan, membincangkan aktiviti latihan rumah sukan, program tahunan serta aturcara Kejohanan Sukan Tahunan 2010. Aktiviti ini dipantau oleh Penolong Kanan Kokurikulum dan secara keseluruhan aktiviti ini berjaya dan berjalan lancar.


Pelajar-pelajar sedang melihat senarai nama rumah sukan masing-masing di papan kenyataan Kokurikulum


RUMAH KUNING
Guru Penasihat terdiri dari Ust. Muhd. Naim, Ustz. Huzaimah, Ust. Muhd Hafis dan Cgu. Rusniza.


RUMAH HIJAU
Guru Penasihat: Ust. Abdullah, Ustz. Northaibbah, Cgu. Siti Fairuz, dan Cgu. Zubedah.

RUMAH BIRU
Guru Penasihat: Ust. Saharudin, Ustz. Ku Hasnawati, Sir Mohd Nizam, dan Cgu. Nazwa.


RUMAH PUTIH
Guru Penasihat: Ust. Luthfi, Ustz. Siti Hajar, Ustz. Khalilah, Cgu. Najwa dan Teacher Norazimah.

Wednesday, January 13, 2010

PERLANTIKAN SETIAUSAHA KOKURIKULUM BARU BAGI TAHUN 2010-2011

Tahniah kepada Cikgu Siti Fairuz bt Zulkafli di atas perlantikan sebagai Setiausaha Kokurikulum bagi tahun 2010 - 2011 dalam Mesyuarat Pengurusan Sekolah pada 30 Disember 2009. Unit Kokurikulum berharap kesediaan cikgu Fairuz dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH