AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Saturday, August 16, 2014

PRA-PERKHEMAHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 2014

Persatuan Pandu Puteri Malaysia SM Agama Hidayah Islamiah telah mengadakan program Pra-Perkhemahan di padang sekolah pada 30 April 2014.  Program ini melibatkan lebih kurang 70 orang ahli persatuan dan 2 orang guru penasihat persatuan.

Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan untuk aktiviti memasang khemah
Apa yang penting?? Kerjasama....

Puan Nazwa bt Sabudin menunjuk ajar pelajar kaedah memasang khemah
Haaa....bukan senang mendirikan khemah lebih-lebih lagi angin kencang.
Sempat lagi tuh berposing!!
Khemah diterbangkan kerana tidak memancang dengan baik
Ahli Kumpulan bergambar bersama khemah masing-masing 

Wednesday, May 21, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2014



Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada 25 Februari 2014, yakni pada hari Sabtu.  Semua pelajar dan guru terlibat dalam kejohanan tersebut.  Keputusan kejohanan adalah seperti berikut;
Johan         : Rumah Hijau
N. Johan    : Rumah Kuning
Ketiga        : Rumah Ungu
Keempat    : Rumah Biru

Timb. Pengarah Kejohanan Merentas Desa, Cikgu Edi Soffi Ramli memberikan taklimat kepada peserta.


Antara guru-guru yang hadir
Penolong Kanan HEM
Cergas diri di padang
Comey-comey belako
Senaman ringan..yeahh...yeahh!

Barisan Urusetia dan AJK

Peserta-peserta berjaya menamatkan larian
Pelajar sedang menantikan pengumuman keputusan
Majlis Penyampaian Hadiah disampaikan oleh Pengarah Kejohanan Merentas Desa,Cikgu Kushaari Ismail
Hadiah disampaikan oleh PK Hem, Ustz. Sharifah Idris

Monday, April 21, 2014

KEJOHANAN CATUR PERINGKAT MSSD KUBANG PASU TAHUN 2014



Kejohanan Catur Peringkat MSSD Kubang Pasu telah diadakan pada 6 Februari 2014 bertempat di SMK Megat Dewa. Kejohanan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu;

1.  Lelaki bawah 15 tahun
2.  Lelaki bawah 18 tahun
3.  Perempuan bawah 15 tahun
4.  Perempuan bawah 18 tahun

Pihak sekolah telah menghantar peserta bagi semua kategori yang dipertandingkan.

Pelajar menguji minda sambil diperhatikan oleh guru pengiring, Cikgu Kushaari Ismail
Checkmate!

PERTANDINGAN PIDATO DAN NASYID PERINGKAT ZON 1 BAGI TAHUN 2014



Pertandingan Pidato dan Nasyid Peringkat Zon 1 anjuran Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) telah diadakan pada 21 April 2014 (Isnin) bertempat di SM Agama Al-Khairiah, Pedu.

Pihak sekolah telah menghantar seorang peserta pidato lelaki dan seorang pidato perempuan manakala kumpulan Nasyid sekolah seramai 9 orang juga telah mengambil bahagian.

Keputusan Pertandingan:

Pidato:

Saudari Hasya Nursofiya binti Mohd Yusof (Tingkatan 3) - Tempat Ketiga
Saudara Lukman Hakimi  (Tingkatan 5) - Saguhati

Persembahan Nasyid:

Tempat Pertama - SMA Darussaadah, Titi Besi (95%)
Tempat Kedua - SMA Al-Khairiah, Pedu (94%)
Tempat Ketiga - SMA Hidayah Islamiah (92%)

Tahniah dan syabas kepada semua peserta pertandingan.



Persembahan dari Kumpulan Nasyid Sekolah
Persembahan dari Kumpulan Nasyid SMA Al-Khairiah (Tuan Rumah)
Persembahan Kumpulan Nasyid dari SMA Nadhdah Hasanah, Melele

Tuesday, February 18, 2014

PEMILIHAN PASUKAN BOLASEPAK SEKOLAH BAGI TAHUN 2014


Pemilihan Kedua (2nd Selection) Pasukan Bolasepak Sekolah Bawah 18 tahun dan Bawah 15 tahun Lelaki telah diadakan di Padang Awam KEMAS pada 15 Februari 2014 jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. Pemilihan dibuat oleh Setiausaha Sukan, Cikgu Kushaari bin Ismail dan Pengurus Pasukan Bolasepak Sekolah, Cikgu Edi Soffi bin Ramli.

Sebanyak 20 orang pelajar bawah 18 tahun  dan 20 orang pelajar bawah 15 tahun terpilih untuk ke pusingan seterusnya.


Sesi Pemilihan Pemain

'Eddy Ferguson'
'The Special One K'
Menunggu peluang menunjukkan bakat terpendam

Terus bersemangat walaupun dalam keadaan cuaca yang kering dan panas terik

LAUNCHING CEREMONY OF MASTERY ENGLISH CONVERSATION BOOKLET

The use of English Language in very important among the school students. It is an opportunity for the student to enhance their speaking, reading, writing and listening skills which are the five important skills students need to master. Therefore, students must not only practice it during school hour/ english subject but also in every conversation regardless place and time.

A consistent use of English Language will ensure students; at their tender age inculcate the essential skills needed. It is also focused to encourage the students all levels in school how to appreciate the value of English Language and how fun it is. Therefore, an English Conversation Booklet was planned  by Panitia Bahasa Inggeris and English Language Society to be implemented in SM Agama Hidayah Islamiah to mastering students how to speak among themselves.


The event kicked off on Monday, 9th February 2014, with the standard assembly in the Dataran SMAHI. The Languages Senior Teacher, Sir Akhmal bin Ariffin was given the opening speech.  He explain the reason why the booklet was published.  Every Monday and Wednesday, one of the students will conduct the conversation part by part at the assembly.  Students are compulsary to bring that book at that day.  Then the principal, Puan Hajjah Awaitif binti Abdullah, was invited to give a speech and subsequently officiated the opening ceremony by cutting a ribbon. Then, a long Mastery English Conversation banner scrolled down from the top.  Launching program ended at 8.20 am.

Daily Assembly

Languages Senior Teacher, Sir Akhmal Ariffin giving his speech
The Principal, Puan Hajjah Awaitif binti Abdullah was invited to give a speech and subsequently officiated the opening ceremony.


Mastery English Conversation Booklet
The principal with the english teachers

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH