AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Friday, February 7, 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT PARLIMEN JERLUN 2014




LAPORAN BERGAMBAR

TARIKH          :           14 Januari 2014

HARI               :           Sabtu

MASA              :           7.30 pagi

TEMPAT         :           Dataran KEMAS, Alor Biak

GURU TERLIBAT       :       1.  Sharifah binti Idris (PK HEM)
                                                2.  Mohammad Yusnal bin Lahadzir (PK Kokurikulum)
                                                3.  Azmir bin Abdullah
                                                4.  Edi Soffi bin Abdullah
                                                5.  Ust. Ahmad Luthfi bin Md. Thahir
                                                6.  Northoiyibah binti Mohd Yusof

PESERTA                    :           Pelajar Asrama Putera danPuteri
                                                  Kumpulan Nasyid Sekolah


Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Jerlun telah diadakan di Dataran KEMAS, Alor Biak, Sg. Korok Changlih yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz bin Tun Mahathir akan mengetuai perarakan Maulidur Rasul dan seterusnya merasmikan sambutan kali ini.
                                        
Pihak sekolah telah mendapat jemputan untuk turut sama dalam perarakan tersebut dan diminta untuk membuat persembahan Nasyid. Seramai 184 orang pelajar asrama telah menyertai perarakan dan sambutan Maulidur Rasul 1435H dan 10 orang pelajar akan membuat persembahan nasyid  yang dipimpin oleh Cikgu Edi Soffi bin Ramli.

Penyertaan sambutan ini bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak pelajar dengan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

OBJEKTIF:

1.     Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah.
2.     Melahirkan kesedaran kepada pelajar mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam    menegakkan   kebenaran Islam.
3.   Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan memelihara akhlak dan    tingkah laku sebagai   seorang Muslim.
4.      Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam.
5.      Merapatkan silaturrahim antara guru dan pelajar dalam memartabatkan Pendidikan Islam.

Antara program yang diadakan adalah;

         i.            Bacaan Doa
       ii.            Bacaan Al-Quran
     iii.            Ucapan oleh Ahli Parlimen Jerlun
     iv.            Ucapan Perasmian oleh Menteri Besar Kedah
       v.            Persembahan Nasyid oleh Pelajar SMAHI
     vi.            Pertandingan Marhaban dan Qasidah
   vii.            Penyampaian Hadiah
 viii.            Jamuan Makan


Majlis berakhir jam 2.00 petang. Diharapkan majlis ini akan mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri pelajar-pelajar ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa.

Kumpulan perarakan bersama guru pengiring
Kehadiran Pengetua menceriakan suasana kumpulan perarakan sekolah
Taklimat perarakan oleh penganjur kepada MB Kedah,
 Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Perarakan Maulidur Rasul 1435H diketuai oleh MB Kedah
Cikgu Mohammad Yusnal (PK Kokurikulum)
 turut menyertai perarakan tersebut
Perarakan Maulidur Rasul 
Kumpulan perarakan sekolah


Persembahan oleh Kumpulan Nasyid Sekolah
Jamuan Tengahari juga disediakan oleh pihak penganjur
Pelajar puteri yang menyertai perarakan
Pelajar puteri yang menyertai sambutan Maulidur Rasul 1435H

No comments:

Post a Comment

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH