"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."
KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.
email: cikgu.enal@gmail.com
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN ASRAMA PUTERI SMA HIDAYAH ISLAMIAH
Pada 21 Mac 2010 (Ahad) merupakan hari yang bersejarah bagi warga SMA Hidayah Islamiah. Majlis yang gilang gemilang dan penuh bermakna dihadiri oleh YB Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir, Timb. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jerlun untuk merasmikan bangunan asrama baru yang dinamakan Asrama Saidatina Aisyah R.AWalaupun majlis ini merupakan kali pertama diadakan (majlis protokol yg. melibatkan menteri), namun majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn Hj Shahidan bin Abd. Rahman, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Pn. Hjh Zainab bt. Md Saman dan Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu, Tn. Hj. Abu Yazit b. Zain.Pihak jawatankuasa mengucap terima kasih kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak kerana bertungkus lumus, berkorban masa demi menjayakan majlis ini.
Perarakan oleh Unit-unit Badan Beruniform
Ketibaan YB Dato' Mukhriz
YB berjabat tangan dengan pegawai-pegawai Sektor Pendidikan IslamTayangan Multimedia di Bilik Menunggu
YB menandatangani Buku LawatanPerarakan mengiringi YB ke pentas utama

Di iringi gendang silat hasil kerjasama JKK Kg.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku
YB dan tetamu meng'amin'kan bacaan doa oleh Ust. Muhd Hafiz Abd. Halim
Adik Mohd Harith b. Zakaria memperdengarkan ayat suci Al-Quran
Kumpulan Nasyid membuat persembahan
Suasana Majlis
Ucapan oleh Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohamad b. ShafieUcapan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Shahidan b. Abd. Rahman
Ucapan oleh YB Dato' Mukhriz bin Tun MahathirUpacara Perasmian..menandatangani Plat Perasmian dan memotong riben
Sidang Akhbar
Sesi bergambar bersama guru dan kakitangan sekolah
AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN 2011
1. Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Kali 1/2011 (28 Dis 2010)
2. Mesyuarat Agong Rumah-rumah Sukan (11 Jan)
3. Pendaftaran Unit Kokurikulum bagi pelajar baru 2011 (13 Jan)
4. Mesyuarat Agong Unit Badan Beruniform (17 Jan)
5. Mesyuarat Agong Persatuan/ Kelab (18 Jan)
6. Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Permainan (19 Jan)
7. Latihan Rumah-rumah Sukan bermula (24 Jan)
8. Kursus Trainer Kelab Ulul Albab (12-14 Feb) Anjuran Yayasan Pembangunan Masyarakat dan PPD K/Pasu - PEJ. YAYASAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT K/PASU
9. Kejohanan Merentas Desa 2011 Peringkat Sekolah (24 Feb)
10. Kejohanan Balapan dan Padang 2011 Peringkat Sekolah (24 Feb) - Padang KEMAS Alor Biak
11. Lawatan 3X xcitement..xplore..xperience ke KL/ Shah Alam (25-26 Feb)
12. Kursus Pengadilan Bola Jaring Peringkat Kebangsaan (5 Mac)
13. Pgrm Perkhemahan Alam Semula Jadi Sekolah Menengah (7-10 Mac) - KEM SINGKIR, MERBOK
14. Kuiz Pelaburan PNB, Anjuran PNB dan JPN Kedah (10 Mac) - SMK Ayer Hitam
15. Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Peringkat Sekolah (23 Mac)
16. Kursus Kepengadilan Awalan Bola Jaring MSSD K/Pasu 2011 (23 Mac) - SMK TATAR
17. Pgrm Kepimpinan Integrasi Siri 1/2011, pgrm integrasi SMAHI dan SMANI dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling UUM (24-27 Mac) - Kolej PERWAJA, UUM
18. MTQ Peringkat PKG Ayer Hitam (28 Mac) - PKG Ayer Hitam
19. Ceramah Gejala Sosial di Kalangan Pelajar oleh Don A. Samad, aktivis gejala sosial (5 Apr)
20. Sukantara bermula (6 Apr)
21. Lawatan Susulan Penceramah Kursus Kelab Ulul Albab, En. Lim Teck Ho dan Tengku Faizua ke sekolah (21 Apr)
22. Pertandingan Pencak Silat Daerah Kubang Pasu 2011 (25-28 Apr) - SMK Ayer Hitam
23. Kursus Ilmu Falak, Anjuran Majlis Agama Islam Kedah dan JPN Kedah (2-4 Mei) - PANTAI MERDEKA Resort
24. Hari Puteri Islam Peringkat Daerah, Anjuran PPIM dan PPD K/Pasu (5 Mei) - PKG Hosba
25. Pertandingan Berzanji/ Marhaban dan Kawad Kaki, Institusi Pendidikan Agama (IPA) Negeri Kedah 2011/1432H (6-7 Mei) - SMK AGAMA KEDAH
26. Kursus kepada guru; 1Murid 1Sukan bagi 10 acara sukan (Bola Keranjang, Bola Tampar, Badminton, Olahraga, Hoki, Sepak Takraw, Ping Pong, Bola Jaring, Bola Sepak dan Bola Baling) sepanjang bulan Mei hingga Jun)
27. Pertandingan Bulan Bahasa Arab Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Kedah Zon 1 Tahun 2011, Anjuran Majlis Agama Islam Kedah (10 Mei) - SM AGAMA DARUSSAADAH, TITI BESI
28. Majlis Sambutan Hari Guru dengan tema "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" Peringkat Sekolah (16 Mei 2011)
29. Kejohanan Sukan Tahunan Peringkat Sekolah - Grand Finale (16 Jun)
30. Pgrm Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan (2 July)
31. Lawatan Guru Penasihat Kelab Ulul Albab ke Terengganu (13-16 Julai)
32. Majlis Ihtifal Insititusi Pendidikan Agama (MIIPA) Peringkat Kebangsaan (18-21 Julai) - SMKA KEDAH
33. Pgrm Ihya Ramadhan Murid Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kedah (8-11 Ogos) - KEM SINGKIR
34. Kursus Pemakaian Pangkat Sarjan KRS Daerah Kubang Pasu 2011 (22-24 Mac) - SMK TG PAUH
35. Pgrm Ihya Ramadhan Bersama SPI, JPN (22 Ogos) - SMA HIDAYAH ISLAMIAH
36. Hari Anugerah Cemerlang & Hari Terbuka 2011 (14 Sept) - SMA HIDAYAH ISLAMIAH
37. Kem Nadwah Kepimpinan SABK Negeri Kedah 2011 (27-29 Sept) - KEM KENARI, YAN
38. Kem Nadwah Kepimpinan Peringkat Kebangsaan 2011 (10-13 Oktober) - UiTM SERI ISKANDAR, PERAK
39. Kem 1Murid 1Sukan peringkat Daerah Kubang Pasu (27-29 Oktober) - PENDANG LAKE RESORT
30. Kem 1M1S Institusi Pendidikan Agama Peringkat Sekolah (1-3 November) - SMA HIDAYAH ISLAMIAH
AKTIVITI KOKURIKULUM SEPANJANG TAHUN 2010
1. Mesyuarat Agong Rumah-rumah Sukan (13 Januari)
2. Mesyuarat Agong Persatuan dan Kelab (3 Februari)
3. Mesyuarat Agong Unit Badan Beruniform (10 Februari)
4. Mesyuarat Agong Kelab Sukan dan Permainan (17 Februari)
5. Merentas Desa & Kejohanan Sukan Tahunan 2010 (20 Februari)
6. Demostrasi dan Latihan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Jitra (4 Mac) - SMAHI
7. Majlis Perasmian Bangunan Asrama Puteri, Saidatina Aishah R.A oleh YAB Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir (21 Mac) - SMAHI
8. Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah 2010 (25-27 Mac) - KEM PALAS, TITI HAYUN, YAN KEDAH
9. Kursus Pembubaran Syarikat Pgrm Usahawan Muda (PUM) 2010 Peringkat Negeri Kedah, Anjuran PKNK dan JPN Kedah (3 April) - REGENCY HOTEL ALOR SETAR
10. Karnival Pendidikan Islam Sekolah-sekolah Peringkat PKG Ayer Hitam, Anjuran PKG Ayer Hitam (5 April) - SMK PERMATANG BONGLAI
11. Pertandingan Kuiz Pelaburan PNB 2010 Sekolah Menengah Peringkat Daerah Kubang Pasu, Anjuran PNB dan JPN Kedah (6 April) - SK JITRA 3
12. Kursus untuk Ahli-ahli Lembaga Pengarah Sykt Pgrm Usahawan Muda (PUM) 2010 Peringkat Negeri Kedah, Anjuran PKNK dan JPN Kedah (21-23 April) - DARULAMAN SUITE, JITRA
13. Majlis Tilawah Al-Quran, Peringkat Zon 1 Sekolah-sekolah Agama Negeri Kedah, Anjuran MAIK (22 April) - SMA NURUL ISLAM, AYER HITAM
14. Taklimat/ Bengkel Memandaikan Minda Melalui Pemakanan Psikoaktif oleh Era Edar Marketing S/B, Anjuran Pergerakan Puteri Islam (28 April) - SMAHI
15. Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Bahasa Arab, Peringkat Zon 1 Negeri Kedah, Anjuran MAIK (10 Mei) - SMA MAKARIMUL AKHLAK, LANGGAR
16. Gotong-royong Perdana Peringkat Kebangsaan Sempena Hari Guru (15 Mei) - SMAHI
17. Sukaneka dan Sambutan Perayaan Hari Guru 2010 "Guru Pembina Negara Bangsa" (16 Mei) - SMAHI
18. Karnival Penghayatan Al-Quran, Anjuran JPN Kedah (22 Mei) - SMKA KEDAH
19. Hari Puteri PPIM Kedah Tahun 2010 Peringkat Negeri Kedah, anjuran PPIM Kedah (22 Mei) - SMK SULTANAH BAHIYAH, ALOR SETAR
20. Kursus untuk Guru-guru Penasihat BSMM Daerah Kubang Pasu Tahun 2010, anjuran BSMM K/Pasu dan PPD K/Pasu (1-2 Jun) - SMK SERI MAHAWANGSA, JITRA
21. Kursus Kenaikan Pangkat Koperal/ Sarjan Perkhemahan KRS SM dan TKRS SR Daerah Kubang Pasu, Anjuran PPD K/Pasu (2-4 Jun) - SM SAINS KUBANG PASU
22. Kursus Pemantapan Akademik dan Kokurikulum, Anjuran Pers. Mahasiswa Negeri Kedah (24-26 Jun) - KEM PALAS, TITI HAYUN, YAN
23. Kursus Sijil Asas Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) untuk Ahli Sekolah Menengah Daerah K/Pasu 2010, Anjuran BSMM dan PPD K/Pasu (9-10 Julai) - DEWAN SMK AYER HITAM.
24. Pertandingan Pencak Silat Sekolah-sekolah Daerah Kubang Pasu 2010, Anjuran PPD K/Pasu (20-21 Julai 2010) - SMK AYER HITAM
25. Kem Ibadah dan Motivasi Peringkat Daerah, Anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia (23-25 September 2010) - PUSAT KOKURIKULUM SG. TIANG, PENDANG
26. Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Institusi Pendidikan Agama Peringkat Kebangsaan, Anjuran Bahagian Pendidikan Islam, KPM (26 - 29 Oktober 2010) - SBPI SABAK BERNAM, SELANGOR
27. Perkhemahan Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) Peringkat Negeri, Anjuran PPIM & JPN Kedah (28 - 29 Oktober 2010) - SMK Paya Kemunting
28. Perkhemahan Pemantapan Kepimpinan Pelajar SMKA-SABK, Peringkat Negeri Kedah, Anjuran SPI, JPN Kedah (9 - 11 November 2010) - Pusat Kokurikulum Kuala Sala
No comments:
Post a Comment