AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Saturday, March 13, 2010

PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

Perlaksanaan pemakaian pakaian Kokurikulum telah lama dilaksanakan oleh Unit Kokurikulum, SMAHI sejak tahun 2008 secara berperingkat. Murid-murid serta guru penasihat dikehendaki untuk memakai pakaian seragam kokurikulum pada hari Rabu setiap minggu pada waktu persekolahan selaras dengan garis panduan perlaksanaan dasar ini di dalam Surat Pekeliling Ikhtiasas Bil 8/2007.

Berdasarkan garis panduan tersebut, Unit Kokurikulum juga mengadakan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan ini dikendalikan oleh murid-murid. Lazimnya aktiviti yang dijalankan dalam perhimpunan tersebut ialah doa, bacaan Al-Quran, ucapan guru penasihat unit-unit kokurikulum, ucapan Pen. Kanan Kokurikulum dan ucapan Tuan Pengetua. Sekiranya terdapat majlis seperti penyampaian hadiah (sukan/kokurikulum) ianya akan dibuat pada masa tersebut dan diuruskan sepenuhnya oleh murid-murid.

Rasionalnya, agar murid-murid dapat mempelajari cara berkomunikasi/ berinteraksi, bagaimana menguruskan acara & protokol serta membiasakan mereka berucap di depan orang ramai (public speaking).


Dari kiri: Mohd Nizam b. Mhd Zakuan (guru penasihat KRS), Mohammad Yusnal b. Hj Lahadzir (Pen. Kanan Kokurikulum) dan Muhammad Hafiz b. Abd. Halim (guru penasihat).


Majlis dimulakan dengan meng'Amin'kan bacaan doa.



Bacaan Al-Quran oleh murid-murid dari unit-unit badan beruniform Pergerakan Puteri Islam Malaysia, Seni Silat Harimau Bentara Garang, Bulan Sabit Merah Malaysia dan Kadet Remaja Sekolah.


Guru penasihat unit beruniform memberikan ucapan.

Barisan guru-guru penasihat dan pendidik.



Majlis perhimpunan dari pandangan atas bangunan asrama puteri.

No comments:

Post a Comment

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH