AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Thursday, November 5, 2009

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Pada hari Selasa 26 Oktober 2009 (bersamaan 7 Zulkaedah 1430H), Jawatankuasa Program Santai Murni PMR 2009 telah menganjurkan satu kursus pendek Pengurusan Jenazah. Kursus yang telah diadakan di Surau SMAHI ini telah dihadiri oleh peserta dikalangan pelajar tingkatan 3. Kursus ini dikendalikan oleh Tuan Haji Aziz, Bilal Masjid Al-Bukhary Alor Setar dan dibantu oleh Tuan Haji Meor Hakim.

Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar khususnya tentang pengurusan jenazah mengikut kehendak Al-Quran dan As-Sunnah serta menimbulkan kesedaran tentang kewajipan Fardhu Kifayah dan bertanggungjawab bersama berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah.

Kursus ini dijalankan secara teori dan amali dimana 2 orang pelajar telah dipilih iaitu Sdr. Mohd Aidie bin Rosli dan Sdr. Mohd Syamim bin Shuib untuk melakonkan watak sebagai “jenazah”. Ini adalah supaya tahanan dapat mempelajari dan memahami cara pengurusan jenazah dengan lebih berkesan. Pelajar juga turut diajar menguruskan jenazah yang berpenyakit seperti HIV dan sebagainya. Turut hadir di dalam program ini ialah Tuan Pengetua, Ust. Mohamad bin Shafie dan guru-guru. Kursus ini bermula jam 12.00 tengahari dan berakhir jam 4.30petang.


Ust. Saharuddin mempengerusikan majlis

Tuan Pengetua, Ust. Mohamad dan En. Mohd Noor (waris) turut hadir memeriahkan majlis


Penceramah, Tn. Hj. Aziz, Bilal Masjid Al-Bukhary

Antara guru dan staff yang mengikuti kursus ini


Peserta-peserta kursus

"Jenazah" diusung untuk dimandikan


Pelajar turut membantu memandikan "Jenazah"

Wajah-wajah sedih dan hiba

"Jenazah" sedang dikapankan

Mati dalam Imannn....


"Jenazah" siap dikapankan

No comments:

Post a Comment

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH