Satu aktiviti cuci kenderaan telah diadakan sepanjang minggu bermula 26 hingga 29 Oktober 2009. Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 3 yang mana aktiviti ini merupakan salah satu slot dalam Program Santai Murni PMR 2009 anjuran Unit Hal Ehwal Murid, SMA Hidayah Islamiah. Program ini dikendalikan oleh Kelab Kemahiran Hidup.
Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengumpul dana bagi Majlis Jamuan Akhir Tahun Pelajar Tingkatan 3 yang akan diadakan pada bulan November 2009. Bayaran bagi kereta adalah RM5 manakala bagi motosikal ialah RM2. Sasaran utama adalah warga SMAHI yang terdiri dari guru-guru, staf sokongan, pengawal keselamatan (guard) dan pekerja-pekerja kantin sekolah.
Pelajar puteri turut sama menjayakan aktiviti ini.
Motosikal juga turut dicuci
Keceriaan bekerja dapat dirasai oleh pelajar-pelajar.
Walaupun aktiviti ini merupakan kali pertama diadakan namun aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebanyak 18 buah kereta dan 9 buah motosikal telah siap dicuci dengan bersih sepanjang minggu tersebut. Hasil kutipan dana berjumlah RM166. Secara keseluruhannya program ini amat berjaya dan InsyaALLAH akan diperluaskan lagi di masa akan datang.
No comments:
Post a Comment