Pada 28 Oktober 2009 (Rabu), pembekal pakaian seragam hadir ke sekolah untuk urusan mengukur saiz pakaian kepada pelajar yang layak menerima bantuan pakaian seragam seramai 91 orang. Agihan bantuan iaitu 38 orang pelajar dari unit BSMM, 23 orang pelajar dari KRS dan 30 orang pelajar dari Puteri Islam.Kerja mengukur saiz diadakan di Surau Al-Hidayah. Turut sama membantu ialah guru-guru penasihat unit badan beruniform. Kerja-kerja mengukur selesai pada jam 1.00 tengahari.
Pelajar mencuba uniform Puteri Islam

Antara pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan pakaian seragam.
Pembekal pakaian seragam
Guru-guru penasihat yang hadir semasa kerja pengukuran, (dari kiri) Ustz. Khalilah, Ustz. Thaibbah, Cikgu Zubedah dan Ust. Saharudin (tiada dalam gambar).
No comments:
Post a Comment