Kerja mengukur saiz diadakan di Surau Al-Hidayah. Turut sama membantu ialah guru-guru penasihat unit badan beruniform. Kerja-kerja mengukur selesai pada jam 1.00 tengahari.
BT. 10 ALOR BIAK, SG. KOROK CHANGLIH, 06150 AYER HITAM, KEDAH DARULAMAN __________________________________________________________________________________________________________ " DIBANGUNKAN SEBAGAI WADAH KEPADA INFORMASI TERKINI DAN MEMAPARKAN PERJALANAN AKTIVITI-AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM "
KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.
email: cikgu.enal@gmail.com
"MENDAKAP MARDHATILLAH"
.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH
Friday, October 30, 2009
BANTUAN PAKAIAN SERAGAM : Kerja Mengukur Saiz Oleh Pembekal
Kerja mengukur saiz diadakan di Surau Al-Hidayah. Turut sama membantu ialah guru-guru penasihat unit badan beruniform. Kerja-kerja mengukur selesai pada jam 1.00 tengahari.
Saturday, October 24, 2009
KURSUS PROFESIONALISME GPK KOKURIKULUM SABK TAHUN 2009
Satu kursus Profesionalisme Guru Penolong Kanan Kokurikulum SABK telah diadakan di Paradise Sandy Beach Resort, Penang bermula dari 20 – 22 Oktober 2009. Kursus dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua GPK Kokurikulum di semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh Malaysia terlibat dalam kursus yang dianjurkan tersebut. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memantap dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional sebagai seorang Penolong Kanan Kokurikulum.
Kursus dihadiri oleh Encik Mohammad Yusnal bin Hj Lahadzir, Penolong Kanan Kokurikulum SMA Hidayah Islamiah.
Slot 1 – Peranan & Tanggungjawab GPK Kokurikulum
Slot 2 – Kandungan Fail Kokurikulum
Slot 3 – Protokol & Aturcara Majlis Rasmi Sekolah
Slot 4 – Bengkel
Slot 5 – Pengurusan Kewangan Kokurikulum

Slot Ceramah
Bersama Encik Mohd Marzuki bin Abd Razak, GPK SABK Kerian, Perak.
Bersama Encik Mohd Akhir bin Yaman, GPK SMA Nurul Islam, Ayer Hitam dan Encik Mohd Zaidi bin Saidin, GPK SMA Islahiah, Bohor Mali
Peserta-peserta kursus
Antara penceramah-penceramah kursus ialah Encik Mohd Rashid Mean, Unit Kokurikulum, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum dan Encik Alias bin Yoop, Unit HEM, PPD Klang.
Majlis Penutup Kursus Profesional pada 22 Oktober 2009

Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Anuar Bin Ahmad, Ketua Institut Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam
Para peserta menerima sijil penyertaan kursus.
Secara keseluruhannya, kursus ini sangat berjaya. Peserta-peserta memperolehi input-input baru dan terkini. Penginapan, layanan dan sediaan makanan oleh pihak penganjur sangat memuaskan. Semoga pihak Kementerian, BPI terutamanya kerap mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dan berfaedah seperti ini di masa-masa akan datang.
SEJARAH SEKOLAH
MAKSUD BENDERA
LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"
HALA TUJU SEKOLAH