AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Wednesday, August 17, 2011

SEMINAR KHAS PEMANTAPAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM GAGASAN 1MALAYSIA

Bertarikh 3 hingga 5 Julai 2011, satu Seminar Khas Pemantapan Nilai-nilai Islam Dalam Gagasan Malaysia anjuran Pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Biro Tatanegara Cawangan Negeri Kedah dan Jabatan Pelajaran Negeri Kedah (JPN). Program ini dikelolai oleh Biro Tata Negara (BTN) dan Kelab Penyokong 1Malaysia (KP1M) telah diadakan di Institut Kemajuan Desa (INFRA) Bangi, Selangor Darul Ehsan.


Peserta seminar seramai 40 orang terdiri daripada Pentadbir Sekolah yang dipilih dari Daerah Kubang Pasu (Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan). Semua peserta berkumpul di pekarangan PPD Kubang Pasu jam 8.30 malam untuk menaiki bas ke Bangi. Jumlah peserta dari seluruh negeri Kedah ialah 223 orang.

Aturcara program;


3 Julai 2011

- Pendaftaran
Penempatan bilik, nombor pengenalan badan (body number) dan beg/ bahan kursus.

- Taklimat seminar oleh Encik Nasir bin Ishak, Ketua Penyelaras Program. Perlantikan jawatankuasa diadakan.

- Sesi bersama TOKOH
Ybhg. Tan Sri Abd. Aziz Shamsudin


- Sesi Kuliah bersama Ybhg. Dr. Farid Ravi bin Abdullah
"Islam dan Cabaran Masa Kini

4 Julai 2011

- Sesi Riadah


- Sesi bersama Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri,
Ybhg. Dato' Shahlan bin Ismail
"Konsep 1Malaysia dengan tagline Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan"

- Bengkel/ Tugasan Kumpulan.


- Sesi Bersama NEGARAWAN, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad.

- Sesi Bersama KETUA POLIS NEGARA, Ybhg. Tan Sri Ismail bin Omar
"Keselamatan Negara".

5 Julai 2011


- Sesi Riadah


- Sesi Bersama Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.
Pembentangan Kumpulan,
Rumusan, dan
Penutup



Di dalam Dewan Seminar INFRA, Bangi




Penulis (2 dari kiri) bersama GPK Koku SMANI, Ust. Md. Akhir Yaman











Bersama NEGARAWAN, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Mantan Perdana Menteri Malaysia)



Penulis bersama peserta-peserta kursus



Corat coret Kursus




Seminar berakhir pada jam 1.00 petang. Semua peserta bertolak pulang jam 3.00 petang. Peserta selamat sampai di pekarangan PPD Kubang Pasu jam 1.00 pagi.

KURSUS PROFESIONALISME GPK KOKURIKULUM: PELAKSANAAN DASAR 1MURID 1SUKAN (ZON1), KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2011

Bertarikh 27 hingga 29 Jun 2011, satu Kursus Profesionalisme Guru Penolong Kanan Kokurikulum SABK (Zon1) anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan bertempat di Hotel Emerald Puteri, Sg. Petani, Kedah. Kursus yang dianjurkan tersebut berkaitan dengan pelaksanaan Dasar 1Murid 1Sukan (1M1S) yang diperkenalkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 17 Februari 2010 dan pelaksanaannya bermula tahun 2011.

Dasar 1Murid 1Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Hasrat kerajaan ialah menjadikan sukan sebagai alat utama perpaduan kerana telah terbukti bahawa sukan boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum yang menjadi harapan negara dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia.

Antara aturcara kursus;

1. Taklimat & Bengkel Penampilan Diri oleh Tuan Haji Abdul Razak bin Osman, Ketua Sektor, SPI Pulau Pinang.

2. Ceramah 1 - "Dasar 1Murid 1Sukan & i-Keps" Oleh Encik Zul Hisham Razali, Bahagian Sukan KPM

3. Ceramah 2 - "Pengurusan Sukan Sekolah & Sukan Prestasi Tinggi" Oleh Encik Zul Hisham Razali.

4. Ceramah 3 & 4 - Pengurusan Kokurikulum, Oleh Encik Othman bin Hj Ahmed, Unit Kokurikulum JPN Pahang

5. Rumusan dan Sesi Soal Jawab

6. Perasmian Penutup

Kursus ini berakhir pada jam 12.30 tengahari.




Dewan Seminar Hotel Emerald Puteri


Ceramah yang disampaikan oleh Encik Zul Hisham Razali




Sesi Soal Jawab bersama ahli Panel


Perasmian Penutup

Monday, August 15, 2011

LARIAN SINAR Run JERLUN 2011

23 Julai 2011 (Sabtu), satu program Larian SINAR Run JERLUN 2011 telah diadakan sempena KARNIVAL USAHAWAN KEDAH 2011 (KUK2011) yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bertempat di Padang Awam Alor Biak.

Pihak sekolah telah terlibat dalam program ini dengan menghantar peserta seramai 25 orang, iaitu 15 orang pelajar putera dan 10 orang pelajar puteri. Sebanyak 32 buah sekolah (dalam kawasan parlimen Jerlun) terlibat dalam larian ini. Program ini mendapat kerjasama dari Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerlun dan Akhbar Sinar Harian (Kumpulan Krangkraf).



Peserta pelajar putera

Instructor aktiviti pemanas badan


Peserta pelajar puteri




Timbalan Menteri MITI merangkap Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Tun Dr Mahathir turut bersama peserta dalam aktiviti pemanasan badan






Peserta sekolah hampir menamatkan larian


Garisan penamat


Apa yang menariknya, pengangkutan bas ke tempat larian diuruskan oleh pihak penganjur di samping setiap peserta dan guru pengiring mendapat t-shirt percuma dan hamper makanan. Penyertaan bagi kategori sekolah adalah percuma. Jarak larian adalah 5km. Hadiah disediakan bagi tempat pertama hingga kesepuluh bagi setiap kategori. Namun, tiada kemenangan yang diraih oleh peserta sekolah.
















LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Pada 2 Julai 2011, Unit Kokurikulum telah menyahut hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksanakan Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia secara serentak di sekolah-sekolah seluruh negara. Larian peringkat kebangsaan dilaksanakan pada hari yang sama di Taiping Perak dan dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran. Larian serentak bermula pada jam 7.45 pagi. Larian serentak ini akan dicatatkan dalam MALAYSIA Book of Record dalam kategori "Largest Participation of School Student In A Run".



Pelajar selepas Senaman Renggangan Badan
Ust. Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Program memberikan sedikit taklimat sebelum mula berlari.


Pelajar memulakan larian mereka



Kawalan trafik dan keselamatan


Guru juga tidak terkecuali. Ust. Naim hampir menamatkan larian.


Teacher Azie dengan langkah terakhirnya


Tuan Pengetua, Hj Mohamad Shafie juga turut serta dalam larian ini







Larian 1M 1S 1M

Sunday, August 14, 2011

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Majlis sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini diadakan pada 16 Mei 2011 (isnin). Pada tahun ini, tema hari guru iaitu "Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Sambutan kali ini dikendalikan oleh Ust. Muhamad Hafis dan pelajar-pelajar tingkatan 4. Program bermula dengan perhimpuan jam 7.30 pagi dan kemudiannya senaman ringan. Antara acara menarik ialah pertunjukkan demo silat oleh ahli persatuan seni silat Harimau Bentara Garang dan perlawanan permainan antara pelajar dan guru dalam permainan bola tampar, sepak takraw dan bola jaring.


Senaman ringan dilakukan oleh pelajar-pelajar


Seni Tempur oleh pelajar


Seni Tempur menggunakan alatan


" Sparing"


"Oh Guruku"


Permainan Bola Tampar Antara Pelajar-Guru


Permainan Bola Jaring antara Guru-Pelajar

Majlis bersambung lagi dengan acara dewan pada jam 11.00 pagi. Majlis dimulai dengan ucapan oleh wakil pelajar, Saudara Mohd Aidei Rosli, ucapan oleh wakil guru, Ust. Saharudin Abd Rahman. Majlis ini dipengerusikan oleh Saudari Farrah Syafiqah Mohd Fadhil (tingkatan 5). Seterusnya upacara perasmian penutup oleh Tuan Pengetua, Ust. Mohamad bin Shafie. Majlis diserikan lagi dengan beberapa persembahan dari pelajar. Majlis tamat jam 1.00 petang.

Acara Dewan


Ucapan Wakil Pelajar




Ucapan oleh wakil guru


Majlis Perasmian Penutup oleh Pengetua

SENAM CERGAS 2011

SENAM CERGAS 2011 adalah satu program jalinan kerjasama antara Unit Kokurikulum dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu. Program yang bermula April hingga Julai 2011 melibatkan semua warga sekolah dan juga masyarakat setempat. Program yang amat sesuai dijalankan bagi memupuk gaya hidup sihat dan cergas supaya dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak di alam persekolahan. Program ini dikelolakan oleh jurulatih khas yang dibawa oleh Pejabat Belia dan Sukan sendiri.









Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat dan memupuk murid sentiasa bersenam di sepanjang minggu dan seterusnya sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senam cergas, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, program ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid tidak malu melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senam cergas dan sukan.

CERAMAH GEJALA SOSIAL OLEH DON A. SAMAD

Pada 5 April 2011, Kelab Rukun Negara telah menganjurkan satu program ceramah mengenai gejala sosial yang semakin dahsyat meracuni masyarakat terutamanya di kalangan murid/ pelajar sekolah.



Ceramah ini disampaikan oleh aktivis gejala sosial negara, Encik Don A.Samad. Beliau juga merupakan penulis buku bertajuk "Racun Dunia" terbitan Laman Nurani tahun 2006. Ceramah yang diadakan di Surau Al-Hidayah pada jam 3.30 petang melibatkan semua pelajar sekolah.


Ceramah yang berkisarkan kisah benar masyarakat mengenai kemusnahan akibat dadah. Kisah-kisah benar yang dikumpulkan melalui pengalaman penceramah mewawancara para penagih, kisah-kisah di dalam akhbar, kisah-kisah yang diceritakan kembali oleh pihak-pihak yang terlibat semuanya mengenai dadah dan kemusnahan yang dibawanya kepada segenap lapisan masyarakat.


Hari ini dadah merupakan musuh nombor satu negara, menjadi masalah nasional yang perlu ditangani segera. Ini bukanlah sesuatu yang mudah dilaksanakan dengan jumlah para penagih yang dianggarkan seramai 300,000 orang pada tahun 2006




Tujuan program ini diadakan adalah dengan harapan boleh memberi kesedaran kepada murid/ pelajar agar memahami bahawa dadah itu tersangat merbahaya kepada tubuh manusia dan perlu dijauhi sama sekali. Program in berakhir pada jam 5.45 petang dan penceramah dengan ikhlas menghadiahkan beberapa naskah buku "Racun Dunia" kepada beberapa orang guru dan pelajar.

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH