Bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2011, satu prgm Lawatan Penanda Aras Pentadbir SABK Negeri Kedah Ke Selatan Thailand telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Delegasi seramai 40 rang terdiri dari Ketua Sektor, Ketua Pen. Pengarah, Pegawai-pegawai SPI, Pegawai dari PPD dan pentadbir dari SABK. Destinasi lawatan adalah ke Hadyai-Songkhla-Pattani-Yala, Wilayah Selatan Thailand. 
Sebanyak 3 buah sekolah dan sebuah pusat anak yatim telah dipilih dalam program tersebut. Program yang berlangsung 3 hari 2 malam itu bertujuan untuk melihat pentadbiran, pengurusan dan budaya sekolah-sekolah di sana untuk diadaptasi dan diperkukuhkan ke sekolah masing-masing. Selain itu ianya dapat membuka ruang kepada sekolah-sekolah SABK untuk menjalinkan integrasi dengan sekolah-sekolah yang dilawati kelak.
Penulis berada di sempadan Malaysia-Thailand (Sadao)
Delegasi singgah sebentar di Pusat Madu Asli, Hadyai
Penulis bergambar di hadapan Shopping Bazaar yang popular Hadyai
Menginap di Hotel Grand Plaza HadyaiPada hari Selasa jam 8.30 pagi, delegasi bertolak ke Songserm Sasana Vitaya Mulniti School (SSVS) Hadyai sebuah sekolah agama persendirian (private) bantuan kerajaan.
Delegasi disambut dan dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat.
Delegasi bergambar bersama-sama dengan warga SSVS
Kemudian delegasi bertolak ke Pattani, sebuah wilayah Islam di Selatan Thailand. Penulis sempat bergambar di hadapan Masjid Krisek. Kemudian, delegasi bertolak ke pusat anak yatim, Foundation Of Genius Orphanage (FOGO) yang terletak di A.Muang, Pattani. Di sini juga terdapat sebuah penginapan bagi Mua'alaf yang mahu mempelajari ilmu agama.
Foundation Of Genius OrphanageKetua Sektor SPI bersama pengetua FOGO
Delegasi menginap untuk malam kedua di My Garden Hotel, Pattani.
Penulis sempat bergambar di hadapan Majlis Agama Pattani.Kemudian, delegasi bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Rachprachanuk Krak 41 School iaitu (Sekolah Raja). Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2006 selepas berlakunya rusuhan di wilayah Islam. Sekolah ini bertujuan membantu pelajar yang kehilangan ibubapa semasa rusuhan dan pelajar miskin. Menekankan pembelajaran akademik dan kemahiran hidup seperti berkebun, ternakan, sawah, masakan dan kraftangan. Matlamat supaya pelajar ini dapat berdikari apabila dewasa kelak.
Pelajar menunjukkan kemahiran membuat kuih loyang semasa menyambut delegasi
Delegasi dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk sesi taklimat dan persembahan multimedia.Kemudian kami bertolak ke sekolah terakhir iaitu sekolah agama rakyat, Ma'ahad Al-Khairiah Lammai di Yala. Sekolah ini diuruskan oleh Yayasan Lutfi Al-Khairiah Lammai-Yala.

Hasil daripada program ini akan dimanfaatkan ke sekolah masing-masing bagi memantapkan pengurusan sekolah dan memartabatkan nama sekolah amnya agar setanding dengan sekolah-sekolah elit. Peserta delegasi boleh membandingkan perbezaan budaya, politik, corak pentadbiran sekolah di kedua-dua buah negara. Semua peserta delegasi berasa puas dan berterima kasih di atas program yang dianjurkan oleh SPI, JPN Kedah. Di harapkan prgm-pgrm seperti ini dapat diteruskan dan diperkemaskan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment