Pen. Kanan HEM menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
BT. 10 ALOR BIAK, SG. KOROK CHANGLIH, 06150 AYER HITAM, KEDAH DARULAMAN __________________________________________________________________________________________________________ " DIBANGUNKAN SEBAGAI WADAH KEPADA INFORMASI TERKINI DAN MEMAPARKAN PERJALANAN AKTIVITI-AKTIVITI UNIT KOKURIKULUM "
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."
KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.
email: cikgu.enal@gmail.com
KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.
email: cikgu.enal@gmail.com
.
Tuesday, March 29, 2011
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SIRI 1 TAHUN 2011
Majlis Penyampaian Hadiah Siri 1 bagi Kejohanan Sukan Tahunan Fasa 1 (Merentas Desa dan Kejohanan Balapan & Padang) telah diadakan di dataran sekolah pada 27 Februari 2011 (Ahad). Majlis disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, Pn. Sharifah bt. Idris. Majlis ini diadakan selepas perhimpunan sekolah
KEJOHANAN BALAPAN & PADANG PERINGKAT SEKOLAH
Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Sekolah telah diadakan di Padang KEMAS selepas sahaja Kejohanan Merentas Desa 2011 iaitu pada 24 Februari 2011. Acara yang dipertandingkan adalah Merejam Lembing (L&P), Melontar Peluru (L&P), Melempar Cakera (L&P), Lari 100M (L&P) dan acara kemuncak Bola Sepak 9 sebelah.
MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH
Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan pada 24 Februari 2011. Lokasi merentas desa adalah di kawasan bendang di Kg. Gurindam. Jarak laluan adalah lebih kurang 4km. Larian bermula di hadapan pagar sekolah dan tamat di Padang KEMAS, Alor Biak. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, lelaki dan perempuan. Semua pelajar terlibat di dalam aktiviti ini.
Pemilihan Pemenang bagi tempat pertama hingga ke-10 bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.
MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-5 TAHUN 2011
Pada 17 Februari bertempat di Dewan Al-Hidayah di adakan Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-5 Tahun 2011 pada jam 2.30 petang. Mesyuarat kali ini adalah pemilihan AJK PIBG yang baru. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Yg. Berbhg. Tn. Hj. Ahmadi Putra bin Hj. Zainol Abidin, Penyelia Kanan Kawalan Aqidah & Pemikiran, Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Seramai 80% waris pelajar hadir dalam mesyuarat ini.
Yg. Berbahagia YDP PIBG, Tn. Hj. Mejar (B) Ismail bin Ahmad memberikan ucapan aluan dan penerangan tentang aktiviti dan program yang dijalankan sepanjang perkhidmatan beliau sebagai YDP PIBG sekolah.
Diharapkan barisan kepimpinan dalam pemilihan AJK PIBG yang baru dapat meneruskan kelangsungan segala aktiviti dan program serta mempelbagaikan aktiviti-aktiviti baru bagi memartabatkan nama sekolah.
LAWATAN PENANDA ARAS PENTADBIR SABK KE SELATAN THAILAND
Bermula 31 Januari hingga 2 Februari 2011, satu prgm Lawatan Penanda Aras Pentadbir SABK Negeri Kedah Ke Selatan Thailand telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Delegasi seramai 40 rang terdiri dari Ketua Sektor, Ketua Pen. Pengarah, Pegawai-pegawai SPI, Pegawai dari PPD dan pentadbir dari SABK. Destinasi lawatan adalah ke Hadyai-Songkhla-Pattani-Yala, Wilayah Selatan Thailand. Sebanyak 3 buah sekolah dan sebuah pusat anak yatim telah dipilih dalam program tersebut. Program yang berlangsung 3 hari 2 malam itu bertujuan untuk melihat pentadbiran, pengurusan dan budaya sekolah-sekolah di sana untuk diadaptasi dan diperkukuhkan ke sekolah masing-masing. Selain itu ianya dapat membuka ruang kepada sekolah-sekolah SABK untuk menjalinkan integrasi dengan sekolah-sekolah yang dilawati kelak.
Pada hari Selasa jam 8.30 pagi, delegasi bertolak ke Songserm Sasana Vitaya Mulniti School (SSVS) Hadyai sebuah sekolah agama persendirian (private) bantuan kerajaan.
Kemudian delegasi bertolak ke Pattani, sebuah wilayah Islam di Selatan Thailand. Penulis sempat bergambar di hadapan Masjid Krisek. Kemudian, delegasi bertolak ke pusat anak yatim, Foundation Of Genius Orphanage (FOGO) yang terletak di A.Muang, Pattani. Di sini juga terdapat sebuah penginapan bagi Mua'alaf yang mahu mempelajari ilmu agama.
Ketua Sektor SPI bersama pengetua FOGO
Kemudian, delegasi bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Rachprachanuk Krak 41 School iaitu (Sekolah Raja). Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 2006 selepas berlakunya rusuhan di wilayah Islam. Sekolah ini bertujuan membantu pelajar yang kehilangan ibubapa semasa rusuhan dan pelajar miskin. Menekankan pembelajaran akademik dan kemahiran hidup seperti berkebun, ternakan, sawah, masakan dan kraftangan. Matlamat supaya pelajar ini dapat berdikari apabila dewasa kelak.
Kemudian kami bertolak ke sekolah terakhir iaitu sekolah agama rakyat, Ma'ahad Al-Khairiah Lammai di Yala. Sekolah ini diuruskan oleh Yayasan Lutfi Al-Khairiah Lammai-Yala.
Hasil daripada program ini akan dimanfaatkan ke sekolah masing-masing bagi memantapkan pengurusan sekolah dan memartabatkan nama sekolah amnya agar setanding dengan sekolah-sekolah elit. Peserta delegasi boleh membandingkan perbezaan budaya, politik, corak pentadbiran sekolah di kedua-dua buah negara. Semua peserta delegasi berasa puas dan berterima kasih di atas program yang dianjurkan oleh SPI, JPN Kedah. Di harapkan prgm-pgrm seperti ini dapat diteruskan dan diperkemaskan pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)