AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Friday, October 30, 2009

BANTUAN PAKAIAN SERAGAM : Kerja Mengukur Saiz Oleh Pembekal

Pada 28 Oktober 2009 (Rabu), pembekal pakaian seragam hadir ke sekolah untuk urusan mengukur saiz pakaian kepada pelajar yang layak menerima bantuan pakaian seragam seramai 91 orang. Agihan bantuan iaitu 38 orang pelajar dari unit BSMM, 23 orang pelajar dari KRS dan 30 orang pelajar dari Puteri Islam.



Kerja mengukur saiz diadakan di Surau Al-Hidayah. Turut sama membantu ialah guru-guru penasihat unit badan beruniform. Kerja-kerja mengukur selesai pada jam 1.00 tengahari.

Pelajar mencuba uniform Puteri Islam
Antara pelajar-pelajar yang layak menerima bantuan pakaian seragam.

Pembekal pakaian seragam
Guru-guru penasihat yang hadir semasa kerja pengukuran, (dari kiri) Ustz. Khalilah,
Ustz. Thaibbah, Cikgu Zubedah dan Ust. Saharudin (tiada dalam gambar).

Pelajar mencuba uniform KRS
Pelajar mencuba uniform BSMM

Pelajar puteri mencuba uniform BSMM sambil dibantu oleh Cikgu Zubebah



Saturday, October 24, 2009

KURSUS PROFESIONALISME GPK KOKURIKULUM SABK TAHUN 2009


Satu kursus Profesionalisme Guru Penolong Kanan Kokurikulum SABK telah diadakan di Paradise Sandy Beach Resort, Penang bermula dari 20 – 22 Oktober 2009. Kursus dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Semua GPK Kokurikulum di semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) seluruh Malaysia terlibat dalam kursus yang dianjurkan tersebut. Tujuan kursus diadakan adalah untuk memantap dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional sebagai seorang Penolong Kanan Kokurikulum.

Kursus dihadiri oleh Encik Mohammad Yusnal bin Hj Lahadzir, Penolong Kanan Kokurikulum SMA Hidayah Islamiah.


Slot-slot yang dikendalikan amat membantu para peserta dalam menghadapi tugas seharian sebagai GPK Kokurikulum. Di samping itu, kursus ini juga membantu peserta bertukar-tukar pendapat dan pandangan antara mereka. Slot-slot kursus yang dilaksanakan adalah seperti berikut;

Slot 1 – Peranan & Tanggungjawab GPK Kokurikulum
Slot 2 – Kandungan Fail Kokurikulum
Slot 3 – Protokol & Aturcara Majlis Rasmi Sekolah
Slot 4 – Bengkel
Slot 5 – Pengurusan Kewangan Kokurikulum




Slot Ceramah

Bersama Encik Mohd Marzuki bin Abd Razak, GPK SABK Kerian, Perak.

Bersama Encik Mohd Akhir bin Yaman, GPK SMA Nurul Islam, Ayer Hitam dan Encik Mohd Zaidi bin Saidin, GPK SMA Islahiah, Bohor MaliPeserta-peserta kursus


Antara penceramah-penceramah kursus ialah Encik Mohd Rashid Mean, Unit Kokurikulum, Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum dan Encik Alias bin Yoop, Unit HEM, PPD Klang.

Majlis Penutup Kursus Profesional pada 22 Oktober 2009

Ucapan Perasmian oleh Tuan Haji Anuar Bin Ahmad, Ketua Institut Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Islam

Para peserta menerima sijil penyertaan kursus.

Secara keseluruhannya, kursus ini sangat berjaya. Peserta-peserta memperolehi input-input baru dan terkini. Penginapan, layanan dan sediaan makanan oleh pihak penganjur sangat memuaskan. Semoga pihak Kementerian, BPI terutamanya kerap mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dan berfaedah seperti ini di masa-masa akan datang.

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH