Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global.

Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.

Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.

Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan

Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.
Remaja siber ini adalah sebagai satu gaya hidup baru kepada remaja-remaja Malaysia yang sangat aktif dalam penggunaan internet. Sebuah portal telah dibangunkan oleh rakan muda sebagai platform kepada remaja-remaja Malaysia untuk berbincang mengenai segala permasalahan melalui forum, menjadi hosting kepada blog-blog remaja, Online games, menjadi tempat remaja mendapatkan khidmat kaunselling dan banyak lagi.

No comments:
Post a Comment