AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Monday, September 14, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN (RAKAN MUDA)

Majlis Khatam Al-Quran (Rakan Muda) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu telah selesai diadakan pada 14 September 2009 bersamaan 24 Ramadhan 1430H. Majlis diadakan di Masjid Cherok Mokkan, Kedah Darulaman.

2 kawasan parlimen telah dipilih untuk terlibat dalam Program Tadarus Al-Quran (Rakan Muda) Peringkat Kubang Pasu bermula awal Ramadhan dan berakhir 24 Ramadhan yang mana Majlis Khatam Al-Quran berlangsung pada hari ini. Kawasan Parlimen tersebut ialah Jerlun dan Kubang Pasu.

SMA Hidayah mewakili parlimen Jerlun. Pihak sekolah telah memilih 5 orang peserta tadarus untuk menghadiri majlis tersebut. Antara tentatif program ialah ucapan perasmian, majlis khatam Al-Quran, ceramah, berbuka puasa dan solat maghrib.

Majlis tamat jam 8.15mlm.





Ucapan perasmian oleh Pengerusi Belia Kawasan


Antara tetamu dan peserta tadarus yang hadir

Majlis Khatam Al-Quran diketuai oleh Imam

Ceramah 'Lailatul-Qadr' yang disampaikan oleh Ust. Mohd Isa bin Abd
Rahman, Peg. Pejabat Mufti Negeri Kedah.

Wakil peserta tadarus SMA Hidayah Islamiah. (Dari kiri: Syazwan, Haris, Azrul, Nor Amin dan Tariq).

Ustaz Yusnal turut hadir sebagai pengiring peserta tadarus SMA Hidayah Islamiah Menerima saguhati dari pihak penganjur.


Majlis berbuka puasa

























Saturday, September 12, 2009

8 GAYA HIDUP RAKAN MUDA



3 komponen utama aktiviti ini adalah Sukan, Rekreasi dan meningkatkan kecergasan ketahap maksima menjadi asas bagi membina minda, fizikal dan peribadi yang mantap bagi mewujudkan remaja yang berkualiti, menarik, sihat dan berdisiplin.


Bakat kreatif, inovatif dan kemahiran semulajadi yang ada dalam diri remaja adalah komponen bagi mewujudkan saintis dan perekacipta muda. Melalui program dan aktiviti serta bimbingan dari tenaga pakar, program ini pastinya akan dapat melahirkan tenaga muda yang mahir, berdaya cipta, moden dan sebagai penyedia tenaga pakar masa hadapan dalam industri teknologi canggih, moden dan mapu berdaya saing di peringkat global.


Bakat berharga yang ada dalam diri setiap remaja tidak harus dipersiakan. Melalui program ini, minat dan bakat-bakat remaja akan dikenalpasti, dilatih, dibimbing oleh tenaga pakar. Tunjuk ajar serta aktiviti-aktiviti yang dirancang pastinya bakal mewujudkan bakat-bakat muda berpotensi tinggi disamping bagi memantapkan lagi nilai-nilai diri dan peribadi diri remaja yang menyertainya.



Ahli Korporat dan Ahli perniagaan generasi muda akan dilatih dan dilahirkan melalui program keusahawanan yang dibimbing oleh tenaga pakar dalam bidang perniagaan. Teknik keusahawanan serta bantuan yang disediakan akan dapat mewujudkan satu sistem ekonomi Negara yang lebih maju dan berdayasaing didalam semua bidang diperingkat nasional dan global.


Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.

Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan

Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup.


Remaja siber ini adalah sebagai satu gaya hidup baru kepada remaja-remaja Malaysia yang sangat aktif dalam penggunaan internet. Sebuah portal telah dibangunkan oleh rakan muda sebagai platform kepada remaja-remaja Malaysia untuk berbincang mengenai segala permasalahan melalui forum, menjadi hosting kepada blog-blog remaja, Online games, menjadi tempat remaja mendapatkan khidmat kaunselling dan banyak lagi.























MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA WARIS 2009/1430H

Satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Waris telah diadakan pada 10 September 2009 bersamaan 20 Ramadhan 1430H bertempat di Dewan SMA Hidayah Islamiah, Alor Biak.

Tujuan majlis ini adalah beramah mesra di antara para waris dan guru-guru dan selain itu, meraikan komitmen para waris terhadap sekolah.

Apa yang menarik tentang majis ini ialah waris-waris diminta untuk membawa juadah (lauk-pauk) bersama untuk dikongsi di dalam majlis tersebut.


Pelajar-pelajar turut sama meraikan majlis tersebut bersama ibubapa mereka.


















Pengetua, Ust. Mohamad bin Shafie turut hadir pada majlis tersebut

Yang DiPertua PIBG, Mej. (B) Tn. Hj. Ismail bin Ahmad hadir bersama dan turut menyumbangkan 50liter Air Soya untuk para tetamu.

Nampak berselera sekali pelajar putera sedang menjamah hidangan.

Kaum Ibu juga tak ketinggalan untuk berbuka puasa bersama anak-anak mereka.
Solat berjemaah yang di imamkan oleh Ust. Ahmad Luthfi bin Md. Thahir



Monday, September 7, 2009

PROGRAM BERSAMA SAMBUTAN KEMERDEKAAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

Pada 7 September 2009 bersamaan 17 Ramadhan 1430H, Unit Hal Ehwal Murid (Asrama) bersama Panitia Sejarah telah menganjurkan Program Bersama Sambutan Kemerdekaan dan Majlis Berbuka Puasa di SMA Hidayah Islamiah, Alor Biak.
Alhamdulillah...Program Bersama ini telah berjaya diadakan dengan jayanya. Penganjuran program bersama ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru dan antara lain adalah bertujuan untuk mengembalikan semangat nasionalisme dan cintakan negara yang kini kita dapati ramai dikalangan pelajar yang sudah lupa tentang sejarah dan perjuangan nenek moyang mereka terdahulu untuk mempertahankan kedaulatan tanah air. Guru-guru beserta keluarga masing-masing dan kakitangan-kakitangan sokongan hadir bagi memeriahkan program ini.

KEMBARA FILEM MERDEKA

Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Pelajar-pelajar khusyuk menonton dokumentari tentang kemerdekaan.

MAJLIS TADARUS AL-QURAN anjuran bersama KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN cawangan KUBANG PASU

Pelajar sendiri mengetuai Majlis Tadarus Al-Quran
Pelajar puteri juga turut serta bertadarus

MAJLIS BERBUKA PUASA bersama Warga SMAHI
Pelajar puteri berbuka puasa

Pelajar putera berbuka puasa



Menu berbuka puasa. Macam-macam ada...
Selamat menjamu selera Cikgu!

Guru-guru berbuka puasa



SOLAT TERAWIH & WITIR
Ust. Muhamad Hafiz mengimamkan Solat Terawih & Witir

Solat Terawih

CERAMAH 'KEMERDEKAAN'
Ust. Saharudin sedang menyampaikan ceramah tentang 'Erti Kemerdekaan'




Pelajar-pelajar puteri sedang memberikan tumpuan sesi ceramah.


Ucapan terima kasih kepada Unit Hal Ehwal Murid (Asrama) dan Panitia Sejarah SMA Hidayah Islamiah






SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH