AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Wednesday, December 9, 2009

LAWATAN PENANDA ARAS KOKURIKULUM 2009

Tanggal 11 hingga 13 November 2009 yang lalu, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras Kokurikulum di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban Negeri Sembilan. Delegasi terdiri daripada pegawai PPD, Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru daerah Kubang Pasu seramai 35 orang.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan kokurikulum di sekolah serta aspek yang berkaitan dengannya khususnya tentang pelaksanaan kokurikulum dan pendokumentasian di samping menghargai sumbangan para guru yang bertungkus lumus menaikkan nama Daerah Kubang Pasu dalam bidang kokurikulum.

Adalah tepat sekali SDAR menjadi destinasi kami. Sekolah yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah pengurusan kokurikulumnya yang dikatakan mantap sesuai dengan slogannya (SDAR) “Terbilang Tradisi Kami” Sekolah ini telah memenangi Anugerah Cemerlang Kokurikulum Keseluruhan Sekolah Berasrama Penuh 2008!


Program bermula jam 9.00 malam (11 Nov 2009) di mana delegasi berkumpul di perkarangan PPD Kubang Pasu untuk menaiki bas menuju ke Seremban. Perjalanan mengambil masa 12 jam untuk sampai ke Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR). Kami tiba tepat jam 9.15pagi. Apa yang mengujakan, setibanya kami di sana, kami disambut dengan cukup meriah diringi dengan persembahan silat sambil diiringi dengan alunan caklempong oleh pelajar SDAR. Layanan yang diterima dari pihak pengurusan SDAR cukup untuk membuatkan kami berasa selesa dan seperti dinantikan.

Delegasi disambut dengan paluan kompang oleh pelajar SDAR

Ketibaan Delegasi

Persembahan seni silat dan persembahan caklempong
Program bermula dengan ucapan oleh pihak SDAR dan Delegasi PPD, tayangan multimedia, taklimat pengurusan kokurikulum, sesi dialog dan lawatan ke Pusat Dokumentasi SDAR. Banyak input-input baru dan menarik diperolehi dari lawatan ini yang boleh dimanfaatkan di sekolah nanti. Program tamat jam 1.00 petang.

Ucapan oleh Yg. Berusaha, Puan Hjh Norzila binti Hj Idris, Penolong Kanan SDAR

Ucapan oleh Yg. Berbahagia, Encik Idris bin Ahmad, Penolong PPD Hal Ehwal Murid

Penyampaian Cenderamata

Tayangan Multimedia

Taklimat Pengurusan Kokurikulum oleh Encik Mokhtar bin Husin, Mantan PK Kokurikulum SDAR

Sajian Tengahari

Pusat Dokumentasi SDAR

Delegasi PPD Kubang Pasu
Delegasi kemudiannya bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Antara tempat-tempat yang dilawati Menara Taming Sari, Kota A’Famosa, The Stadthuys, Muzium, The Ship dan sekitar bandaraya bersejarah. Kemudian jam 5.30 petang kami bertolak ke Brisdale Hotel, Kuala Lumpur untuk bermalam.

Menara Taming Sari, Melaka
Di Kuala Lumpur (13 Nov 2009), kami berpeluang untuk melawat dan bergambar di Petronas Twin Tower Bridge di tingkat 41. Menara ini mempunyai 88 tingkat keseluruhannya. Panorama indah Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelas dari sini. Penulis berasa sangat kagum dan teruja dengan kepesatan dan kemodenan Kuala Lumpur. Jam 2.30 petang (check-out) delegasi bertolak ke Putrajaya. Kami dibawa melawat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin yang kebetulan baru dibuka secara rasmi pada hari tersebut. Masjid ini juga dikenali sebagai ‘Iron Mosque’ kerana masjid ini hampir keseluruhan strukturnya dibuat dari besi keluli. Penulis dimaklumkan masjid ini menggunakan 6,000 tan besi keluli yang diimport dari Jerman. Kemudian kami berpeluang menaiki Tasik Cruise untuk bersiar-siar melihat panorama dan bangunan-bangunan di sekitar tasik Putrajaya. Jam 8.30 malam kami bertolak pulang ke Jitra selepas singgah makan dan solat di Alamanda Putrajaya. Delegasi selamat sampai jam 3.30 pagi.
Petronas Twin Tower Bridge

Pemandangan kotaraya KL dari atas Petronas Twin Tower Bridge

Bersiar-siar sekitar Tasik Putrajaya dengan Cruise Tasik

Penulis bergambar berlatar belakangkan Masjid Besi (Iron Mosque), Putrajaya

Sunday, November 15, 2009

BENGKEL KALIGRAFI ISLAM & PERTANDINGAN SENI KHAT

Bengkel Kaligrafi Islam dan Pertandingan Seni Khat 2009 telah pun berlangsung pada 18 November 2009 bersamaan 22 Zulkaedah 1430H bertempat di Pusat Sumber, SMA Hidayah Islamiah. Program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu. Seramai 33 orang peserta menghadiri bengkel tersebut dan mengambil bahagian dalam Pertandingan Seni Khat.


Sdri Farrah Syafikah mempengerusikan majlis


Bengkel Kaligrafi Islam ini disampaikan oleh Ustaz Ahmad Luthfi bin Md. Thahir. Antara perkara-perkara yang disentuh ialah sejarah seni khat sejak zaman sebelum dan selepas Islam, jenis dan bentuk seni khat, alatan tradisional dan moden yang digunakan, kaedah pembelajaran dan ciri-ciri penulis khat, tokoh seni khat teragong dan isu-isu semasa berkaitan seni khat.

Slot kedua iaitu Pertandingan Seni Khat diadakan selepas bengkel. Pertandingan ini diadili juga oleh Ustaz Ahmad Luthfi bin Md. Thahir. Pertandingan ini diadili dari empat (4) aspek iaitu kaedah khat, kaedah tulisan (resm othmani), kreativiti, kebersihan dan kekemasan.



Peserta-peserta bengkel
Pengetua SMA Hidayah Islamiah, Ust. Mohamad (kanan) bersama wakil
Pejabat Belia dan Sukan, Encik Saiful bin Ahmad


Encik Saiful bersama peserta-peserta bengkel

PK Pentadbiran, Ustz. Noor Azha (kanan) dan PK HEM, Ustz. Sharifah
turut memantau aktiviti yang sedang berlangsung
Jamuan makan kepada peserta

Jamuan makan tetamu dan penceramah

Keputusan Pertandingan Seni Khat;

Tempat Pertama : Saudara Mohd Ajrul Hakimin bin Mohd Khairudin
Tempat Kedua : Saudara Mohd Hanif bin Yusoff
Tempat Ketiga : Saudari Najiha bt Mukhtar
Tempat Keempat : Saudara Mohd Farhan bin Fadzin
Tempat Kelima : Saudari Farrah Syafikah bt Fadzil

Hadiah-hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohammad Yusnal bin Hj Lahadzir. Tempat pertama Pertandingan Seni Khat menerima wang tunai bernilai RM 100, Tempat kedua menerima wang tunai bernilai RM75, tempat ketiga menerima RM50, tempat keempat menerima RM30 dan tempat kelima menerima wang tunai bernilai RM20. Hadiah pertandingan disumbangkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kubang Pasu. Terima kasih kepada Encik Saiful bin Ahmad, wakil Pejabat Belia dan Sukan kerana turut hadir memeriahkan program tersebut.

Keseluruhannya para peserta bengkel dan seni khat berpendapat, pertandingan seperti ini merupakan satu pengalaman yang amat bermakna kerana mereka berpeluang untuk menyertai pertandingan seperti ini. Pertandingan ini juga merupakan platform bagi mereka menunjukkan kemampuan dan kreativiti mereka. Pertandingan ini juga satu langkah mendekatkan masyarakat dengan budaya seni khat dan kisah-kisah nabi dan tauladan agar mereka mempunyai pemahaman yang lebih baik terhadap kedua-dua budaya ini yang amat penting untuk terus dipelihara.

Saturday, November 7, 2009

PROGRAM PENYEMBELIHAN HALAL MENURUT ISLAM

Pada 4 November 2009 bersamaan 15 Zulkaedah 1430H, Persatuan Pendidikan Islam & Bahasa Arab telah menganjurkan Kursus Penyembelihan Halal Menurut Islam kepada pelajar-pelajar tingkatan 3.

Objektif kursus adalah memberi kefahaman kepada peserta mengenai konsep halal dan haram dari sudut Islam.

Memantapkan kefahaman kepada peserta mengenai penyembelihan menurut konsep halalan toyyiban dan kepenggunaan produk makanan di pasaran.

Memberi pendedahan secara teori dan amali kepada peserta mengenai kaedah penyembelihan binatang menurut Islam dan memberi pendedahan tentang undang-undang atau peraturan- peraturan berkaitan dengan penyembelihan halal mengikut syarak.



Teori sembelihan disampaikan oleh Ust. Saharuddin bin Abd. Rahman dan selepas itu pelajar didedahkan secara praktikal (hand-on) tentang sembelihan.

Sebanyak 11 ekor ayam disediakan untuk program ini. Ucapan terima kasih kepada Ustz. Ku Hasnawati, waris kepada Sdr. Afiffi b. Yusof, dan waris kepada Sdr. Mohd Hanif bin Yusuff kerana menyumbangkan beberapa ekor ayam bagi kursus ini.
Memang gamat dan meriah bila pelajar kali pertama menyembelih ayam dan ada di antara mereka pelajar perempuan yang menitiskan air mata sedih kononnya tapi kalau bagi ayam goreng seekor pun tak cukup. Dalam kursus ini juga pelajar diajar cara memproses ayam (budak2 zaman sekarang rupanya tak tau cara ayam diproses) yang menggelikan hati ialah mencabut bulu ayam dengan hujung jari aje...alahai tak lulus nak buat menantu ni.

Pegang betul2..urat ni mesti kena putus

Antara peserta-peserta yang menunjukkan bakat menyembelih
Wey...mana badan aku?? Uwaaa....

Salah seorang peserta perempuan menunjukkan keberanian menyembelih
Akibat halkum tidak putus, ayam ini tidak boleh dimakan.
"bangkai"

Mencelur ayam
Proses mencabut bulu ayam
Apa yang penting?? Kerjasama....
Melayur ayam

Ust. Abdullah menunjukkan skill memotong ayam

Bagi memeriahkan lagi kursus ini, ayam-ayam yang telah disembelih dan diproses ini dibuat sup dan digoreng. Aktiviti memasak ini dikendalikan oleh pelajar itu sendiri sambil dibantu oleh Ustz. Huzaimah, Ustz. Nor Thaibbah dan Ustz. Ku Hasnawati dan Ustz. Sharifah (PK HEM).
Ustz Huzaimah, ni goreng pun sodap!

Cukup ke sebungkus ni Ustz Thaibbah??

Tuan Pengetua turut sama memantau aktiviti

Nampak kekok jer pegang senduk ni Ust. Naim?

Ayam goreng ni aku punya aar....

Boleh tahan jugak aku masak yer...

Lain macam jer aku tgk ayam ni
Terima kasih kepada pengusaha kantin sekolah, Ustz Thaibbah dan Ustz Sharifah di atas pinjaman peralatan dan perkakas memasak. Di akhir program ini guru-guru SMAHI dijemput menjamu selera...Bihun Sup Siam dan meratah ayam goreng bersalut tepung. Secara keseluruhan, kursus ini amat berjaya dan akan dibuat setiap tahun. Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak.



SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH