TARIKH : 11 Februari 2015
HARI : Rabu
MASA : 3.00 petang – 5.00 petang
TEMPAT : SMA Hidayah Islamiah
GURU TERLIBAT : Semua
Guru
PESERTA : 369
orang pelajar
KATEGORI : 1.
Lelaki bawah 17 tahun
2.
Lelaki bawah 15 tahun
3.
Perempuan bawah 17 tahun
4.
Perempuan bawah 15 tahun
KAEDAH PELAKSANAA/ : Tempat
Pertama - 10 mata
MODUS OPERANDI Tempat Kedua – 9 mata
Tempat
Ketiga – 8 mata
Tempat
Keempat - 7 mata
Tempat
Kelima – 6 mata
Tempat
Keenam – 5 mata
Tempat
Ketujuh – 4 mata
Tempat
Kelapan – 3 mata
Tempat
Kesembilan – 2 mata
Tempat
Kesepuluh – 1 mata
Pelajar yang menamatkan larian dalam tempoh 10
minit selepas pemenang tempat kesepuluh diperolehi layak untuk mendapat 1 mata
bonus.
LAPORAN BERGAMBAR
Merentas Desa merupakan satu acara tahunan di sekolah menengah malahan
merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh semua pelajar. Acara ini merupakan salah satu daripada
latihan daya tahan kardiovaskular mudah dan murah bagi
memastikan tahap kesihatan setiap individu dalam yang baik.
Kejohanan
tahun ini mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga
sekolah dan guru. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SMAHI
dengan kerjasama warga sekolah termasuk Syarikat Keselamatan dan Kontraktor
Kebersihan dan komuniti setempat.
Pungutan
mata dalam acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan
yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Sukan Tahunan setiap tahun. Pada tahun
ini, acara merentas desa melibatkan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5
manakala bagi pelajar Pra-Universiti ditugaskan sebagai pembantu urusetia/guru.
Seramai 371 orang pelajar yang mewakili 4 buah rumah sukan(firqah) iaitu Firqah
Saidina Umar RA (Biru), Firqah Abu Bakar RA (Ungu), Firqah Saidina Uthman RA
(Hijau) dan Firqah Saidina Ali RA (Kuning) telah mengambil bahagian.
Aktiviti
bermula jam 3.00 petang. Guru-guru rumah sukan saling membantu menyusun
pelajar-pelajar mengikut rumah sukan masing-masing. Majlis dimulakan dengan doa
dan taklimat ringkas oleh Penolong Pengarah Program, Cikgu Edi Soffi bin
Ramli. Pelajar-pelajar perlu
menghabiskan larian jarak sejauh 3.5 km bagi semua kategori. Kemudian ketua kelas mengambil kehadiran ahli
kelasnya dan terus memaklumkan kepada guru kelas. Pada jam 3.00 petang pelajar
dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu mengiktu kategori. Pelajar Putera berhimpun di padang sekolah
untuk sesi senaman ringan/ pemanas badan yang diketuai oleh pembantu urusetia
yang dilantik (pelajar Pra-U) manakalan pelajar Puteri di Dataran Sekolah.
Seterusnya,
pada jam 3.30 petang, kategori lelaki bawah 15 tahun memulakan larian. Tuan Pengetua iaitu Tn. Hj Mahir bin Mohamad
diberi penghargaan untuk melepaskan larian tersebut. Selang 3 minit, kategori lelaki bawah 17
tahun dilepaskan dan seterusnya kategori bawah 15 tahun perempuan dan bawah 18
tahun perempuan selang 3 minit.
Lebih kurang
jam 4.30 petang semua peserta larian dapat ditamatkan. Jam 4.45 petang majlis penyampaian hadiah
kepada para pemenang dijalankan di dalam Dewan Terbuka. Ucapan perasmian penutupan Kejohanan Merentas
Desa oleh Tuan Pengetua. Pemenang tempat
pertama hingga kesepuluh setiap kategori menerima medal dan sijil.
Penolong
Kanan Pentadbiran, Puan Noor Azha bt Abd Rahim menyampaikan hadiah kepada
pemenang kategori 15 dan 17 tahun perempuan manakala Tuan Pengetua, Tuan Haji
Mahir Mohamad menyampaikan hadiah kepada pemenang kategori lelaki 15 dan 17
tahun. Sebagai selingan, turut diadakan
penyampaian sijil penyertaan kepada peserta yang menyertai Kejohanan Merentas
Desa MSSD Peringkat Daerah Kubang Pasu Tahun 2015.
Setelah
penyampaian medal dan sijil tersebut, Pengerusi Majlis, Cikgu Edi Soffi Ramli
mengumumkan keputusan keseluruhan pungutan mata bagi setiap rumah. Di
Tempat
Pertama - Firqah Saidina Uthman RA (Hijau) dengan 94 mata,
Tempat Kedua
- Firqah Saidina Abu Bakar RA (Ungu) dengan 52 mata
Tempat
Ketiga – Firqah Saidina Ali RA (Kuning) berkongsi mata dengan
Firqah Saidina Umar RA (Biru) dengan 37 mata.
Aktiviti
bersurai pada jam 5.30 petang. Secara
keseluruhan kejohanan kali ini berjalan lancar.
Walaupun kejohanan dalam keadaaan panas terik, namun tiada sebarang
kemalangan serius yang berlaku kecuali seorang peserta perempuan yang pengsan
ketika larian. Tahniah diucapkan kepada
Unit Bulan Sabit Merah Malaysia cawangan Kota Setar dapat menangani dalam
situasi tersebut dengan segera. Unit
Kokurikulum mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat. Syabas diucapkan.
Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada
masa mendatang. Insya Allah...