AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Tuesday, February 18, 2014

PEMILIHAN PASUKAN BOLASEPAK SEKOLAH BAGI TAHUN 2014


Pemilihan Kedua (2nd Selection) Pasukan Bolasepak Sekolah Bawah 18 tahun dan Bawah 15 tahun Lelaki telah diadakan di Padang Awam KEMAS pada 15 Februari 2014 jam 3.30 petang hingga 5.30 petang. Pemilihan dibuat oleh Setiausaha Sukan, Cikgu Kushaari bin Ismail dan Pengurus Pasukan Bolasepak Sekolah, Cikgu Edi Soffi bin Ramli.

Sebanyak 20 orang pelajar bawah 18 tahun  dan 20 orang pelajar bawah 15 tahun terpilih untuk ke pusingan seterusnya.


Sesi Pemilihan Pemain

'Eddy Ferguson'
'The Special One K'
Menunggu peluang menunjukkan bakat terpendam

Terus bersemangat walaupun dalam keadaan cuaca yang kering dan panas terik

LAUNCHING CEREMONY OF MASTERY ENGLISH CONVERSATION BOOKLET

The use of English Language in very important among the school students. It is an opportunity for the student to enhance their speaking, reading, writing and listening skills which are the five important skills students need to master. Therefore, students must not only practice it during school hour/ english subject but also in every conversation regardless place and time.

A consistent use of English Language will ensure students; at their tender age inculcate the essential skills needed. It is also focused to encourage the students all levels in school how to appreciate the value of English Language and how fun it is. Therefore, an English Conversation Booklet was planned  by Panitia Bahasa Inggeris and English Language Society to be implemented in SM Agama Hidayah Islamiah to mastering students how to speak among themselves.


The event kicked off on Monday, 9th February 2014, with the standard assembly in the Dataran SMAHI. The Languages Senior Teacher, Sir Akhmal bin Ariffin was given the opening speech.  He explain the reason why the booklet was published.  Every Monday and Wednesday, one of the students will conduct the conversation part by part at the assembly.  Students are compulsary to bring that book at that day.  Then the principal, Puan Hajjah Awaitif binti Abdullah, was invited to give a speech and subsequently officiated the opening ceremony by cutting a ribbon. Then, a long Mastery English Conversation banner scrolled down from the top.  Launching program ended at 8.20 am.

Daily Assembly

Languages Senior Teacher, Sir Akhmal Ariffin giving his speech
The Principal, Puan Hajjah Awaitif binti Abdullah was invited to give a speech and subsequently officiated the opening ceremony.


Mastery English Conversation Booklet
The principal with the english teachers

Friday, February 7, 2014

LAWATAN KERJA OLEH EXCO PENDIDIKAN, PENGANGKUTAN DAN KERJARAYA NEGERI KEDAH


Pada 13 Januari 2014 (Selasa), SM Agama Hidayah Islamiah telah menerima kunjungan rasmi dari YB Dato' Tajul Urus bin Haji Mat Zain, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerjaraya Negeri Kedah.  Turut sama Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ketua Sektor SPI, Pegawai PPD Kubang Pasu, Pegawai-pegawai-pegawai dari  JPN Kedah, PPD Kubang Pasu dan pegawai-pegawai dari Kerajaan Negeri Kedah. 

Ketibaan YB Dato' Tajul Urus bin Haji Mat Zain
Disambut oleh Timb. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Ketua Sektor SPI, Pegawai Pendidikan Daerah 
.....dan Penolong Kanan Pentadbiran (berbaju ungu) serta guru-guru
Lawatan ke kelas Tingkatan 1 Ulul Albab
Tuan Pengetua memberikan penerangan kepada YB Dato' Tajul Urus
Pemeriksaan buku nota dan latihan pelajar
Menandatangani Buku Rasmi Lawatan
Lawatan ke Asrama Putera & Puteri
Temubual dengan anggota Pengawal Keselamatan Sekolah
Lawatan ke Padang Permainan Sekolah
Meninjau persekitaran sekolah
Jamuan Ringan
Jamuan Ringan
YB Dato' Tajul Urus memberikan cadangan dan pandangan sebelum pulang

Dari Kiri: Tn. Hj. Abd. Aziz Abdullah (Ketua Sektor SPI), Tn.Hj. Zulkifli Ghozali (Pegawai SPI) dan Mohammad Yusnal bin Hj Lahadzir (Penolong Kanan Kokurikulum)

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW PERINGKAT PARLIMEN JERLUN 2014




LAPORAN BERGAMBAR

TARIKH          :           14 Januari 2014

HARI               :           Sabtu

MASA              :           7.30 pagi

TEMPAT         :           Dataran KEMAS, Alor Biak

GURU TERLIBAT       :       1.  Sharifah binti Idris (PK HEM)
                                                2.  Mohammad Yusnal bin Lahadzir (PK Kokurikulum)
                                                3.  Azmir bin Abdullah
                                                4.  Edi Soffi bin Abdullah
                                                5.  Ust. Ahmad Luthfi bin Md. Thahir
                                                6.  Northoiyibah binti Mohd Yusof

PESERTA                    :           Pelajar Asrama Putera danPuteri
                                                  Kumpulan Nasyid Sekolah


Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Jerlun telah diadakan di Dataran KEMAS, Alor Biak, Sg. Korok Changlih yang mana Menteri Besar Kedah, Datuk Paduka Mukhriz bin Tun Mahathir akan mengetuai perarakan Maulidur Rasul dan seterusnya merasmikan sambutan kali ini.
                                        
Pihak sekolah telah mendapat jemputan untuk turut sama dalam perarakan tersebut dan diminta untuk membuat persembahan Nasyid. Seramai 184 orang pelajar asrama telah menyertai perarakan dan sambutan Maulidur Rasul 1435H dan 10 orang pelajar akan membuat persembahan nasyid  yang dipimpin oleh Cikgu Edi Soffi bin Ramli.

Penyertaan sambutan ini bertujuan untuk memuliakan salah satu tarikh penting dalam kalendar Islam iaitu hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.  Sambutan ini juga bertujuan untuk membentuk akhlak pelajar dengan menjadikan Rasulullah sebagai ikutan dan contoh dalam mengharungi perjalanan hidup ini.

OBJEKTIF:

1.     Menanam rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah.
2.     Melahirkan kesedaran kepada pelajar mengenai jasa dan pengorbanan Rasulullah dalam    menegakkan   kebenaran Islam.
3.   Memberi pendedahan kepada murid tentang kepentingan memelihara akhlak dan    tingkah laku sebagai   seorang Muslim.
4.      Mengasah bakat murid dalam aktiviti berteraskan Islam.
5.      Merapatkan silaturrahim antara guru dan pelajar dalam memartabatkan Pendidikan Islam.

Antara program yang diadakan adalah;

         i.            Bacaan Doa
       ii.            Bacaan Al-Quran
     iii.            Ucapan oleh Ahli Parlimen Jerlun
     iv.            Ucapan Perasmian oleh Menteri Besar Kedah
       v.            Persembahan Nasyid oleh Pelajar SMAHI
     vi.            Pertandingan Marhaban dan Qasidah
   vii.            Penyampaian Hadiah
 viii.            Jamuan Makan


Majlis berakhir jam 2.00 petang. Diharapkan majlis ini akan mampu melahirkan rasa keinsafan dan menimbulkan semangat baru dalam diri pelajar-pelajar ke arah membentuk sahsiah dan peribadi cemerlang, sejajar dengan matlamat Pendidikan Islam untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, beramal dan bertaqwa.

Kumpulan perarakan bersama guru pengiring
Kehadiran Pengetua menceriakan suasana kumpulan perarakan sekolah
Taklimat perarakan oleh penganjur kepada MB Kedah,
 Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir
Perarakan Maulidur Rasul 1435H diketuai oleh MB Kedah
Cikgu Mohammad Yusnal (PK Kokurikulum)
 turut menyertai perarakan tersebut
Perarakan Maulidur Rasul 
Kumpulan perarakan sekolah


Persembahan oleh Kumpulan Nasyid Sekolah
Jamuan Tengahari juga disediakan oleh pihak penganjur
Pelajar puteri yang menyertai perarakan
Pelajar puteri yang menyertai sambutan Maulidur Rasul 1435H

Thursday, February 6, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSK(D) KUBANG PASU TAHUN 2014


LAPORAN BERGAMBAR


TARIKH          :           25 Januari 2014

HARI               :           Sabtu

MASA              :           8.00 pagi

TEMPAT         :           SK Felda Guar Napai, Napoh

GURU TERLIBAT       :       1.  Mohammad Yusnal bin Lahadzir (PK Kokurikulum)
                                                2.  Ku Shaari bin Ismail(SU Sukan)
                                                3.  Edi Soffi bin Ramli (SU Sukan II)


Kejohanan Merentas Desa MSSK(D) Kubang Pasu bagi tahun 2014 telah diadakan pada Hari Sabtu 25 Januari 2014 di SK Felda Guar Napai.  SMAHI telah menghantar 16 peserta untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah dalam 4 kategori yang dipertandingkan.  Peserta-peserta tersebut adalah;

Kategori 18L
1.      FAUZAN BIN NORIZAN (T5)
2.      MOHAMMAD  AFDZAL BIN ABD RAZAK (T4)
3.      MUHAMMAD SHAHID BIN MOHD FADZIL (T4)
4.      NOOR FATHI BIN RUSLI (T4)
  
Kategori 15L
1.      MUHAMMAD RAZIN IZZAN BIN ABD FATTAH (T3)
2.      AHMAD IMANI ASHRAF BIN JAILANI (T3)
3.      MUHAMMAD AMIN SHAHIDAN (T2)
4.      MOHD FAKHRUL AIMAN MOHD DZAHIR (T1)
  
Kategori 18P
1.      NUR ANIS SYAZA BT ISA (T5)
2.      NUR HAZIRAH BT OMAR (T5)
3.      WAN NURUL HAZIRAH BT WAN OMAR (T4)
4.      NUR ALIA BT MOHD YAZID (T4)
  
Kategori 15P
1.      YAASMIIN BT AHMAD TARMEZI (T2)
2.      AUFA DINA BT SUHARDI (T2)
3.      NURUL IZZAH HUSNA BT BAKRI (T2)
4.      SITI ZAINAB BT JOHARI (T2)

Walaupun tiada sebarang kemenangan yang diperolehi, tetapi peserta-peserta ini menunjukkan kegigihan dan kesungguhan dalam menyertai pertandingan ini.  Tahniah kepada semua peserta yang mengambil bahagian dan guru-guru pengiring yang terlibat dalam kejohanan ini.



Kategori Bawah 18 Tahun Lelaki


Guru Pengiring: Cikgu Kusha'ari dan Cikgu Edi Soffi
(Tiada dalam gambar: Cikgu Mohammad Yusnal)

Peserta Merentas Desa MSSK(D) Kubang Pasu 2014



SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH