AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Thursday, September 15, 2011

LAWATAN PENANDA ARAS SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPN KEDAH KE INDONESIA

Untuk mewujudkan pendidikan berkualiti seterusnya mencapai tahap sistem pendidikan bertaraf dunia, pgrm penanda aras (benchmark) adalah salah satu kaedah yang boleh membantu melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Penanda aras merupakan satu proses berterusan atau istiqamah untuk mengenalpasti, mempelajari, mengubahsuai serta melaksanakan amalan terbaik dalam sesebuah organisasi.





Atas kesedaran itu, Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah telah mengatur satu program Lawatan Penanda Aras, Sektor Pendidikan Islam, JPN kedah ke Indonesia yang bermula 26 - 30 Julai 2011, susulan daripada lawatan penanda aras ke Negeri Sembilan dan Thailand. Delegasi yang terlibat dalam lawatan ini seramai 33 orang yang terdiri daripada Ketua Sektor SPI, Ketua Pen. Pengarah SPI, Pegawai-pegawai SPI dan Pentadbir-pentadbir Sekolah yang terpilih. Tempat lawatan adalah di Jakarta dan Bandung.



Program yg berlangsung 5 hari 4 malam itu bertujuan untuk melihat pengurusan dan budaya sekolah agama dr sudut prasarananya, kemenjadian murid-muridnya, kurikulum dan sistem pengajiannya.



Delegasi berkumpul di perkarangan BTPN dan bertolak ke Penang International Airport dengan bas jabatan.


Penulis (GPK Kokurikulum) menaiki pesawat (flight boarding) bersama salah seorang peserta delegasi pada jam 12.30 tengahari (waktu malaysia)


Tiba di Soekarno-Hatta Airport, Jakarta jam 2.00 petang (waktu Indonesia lewat sejam dari waktu malaysia)


Peserta Delegasi Antarabangsa sedang menunggu Pemandu Pelancong, Pak Herman di Airport untuk menjemput kami dan mengatur program sepanjang kami di sana.


Lawatan rasmi ke Madrasah Jamiel Kheir, Tanah Abang, Jakarta. Dihadapan pintu masuk madrasah.

Delegasi disambut oleh warga Jamiel Khier yang diketuai oleh Tn. Hj. Achmad Dahroni (mudir)


Seorang peserta delegasi bertemu mesra dengan murid-murid.



Penulis berada di blok pengajian murid-murid perempuan.

Suasana di madrasah (blok puteri)


Madrasah Ibtidaiyah Jamiat Kheir Jakarta ditubuhkan pada 1905 dibawah Yayasan Pendidikan Jamiat Khier. Terletak di Jakarta Pusat yang mana dikreditasi sebagai 'B'. Memperkenalkan sistem pendidikan terpisah antara murid lelaki dan perempuan.


Ucapan oleh Ketua Sektor SPI, Tn. Hj. Rozali bin Hashim


Sesi taklimat dan tayangan multimedia oleh wakil madrasah.


Bergambar bersama warga Madrasah Jamiel Khier

Saat menikmati kali pertama masak Nusantara setibanya sampai di Indonesia


DELEGASI BERTOLAK KE KOTA BANDUNG


Suasana pagi di kota Bandung, Indonesia


Delegasi dibawa bersiar-siar di sekitar kota Bandung. Antara tempat yang dilawati ialah Butik Batik Indonesia, Pasar Baru Trade Center, Factory Outlet Donatello (kasut dan tas tangan kulit) dan Central (branded outlet) dan Pusat Jeans WEST.



Menikmati Makanan Sunda di Restoran Sangkuriang


Delegasi dibawa ke Tangkuban Perahu, Jawa Barat


Tangkuban Perahu membawa maksud perahu yang terbalik. Diberi nama seperti itu kerana bentuknya memang menyerupai perahu terbalik. Terletak 20km ke arah utara kota Bandung. Gunung yg mempunyai ketinggian 2083m. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusannya adalah lava dan sulfur. Suhu adalah 17C pada siang hari dan 2C pada malam hari.

Delegasi dibawa ke sebuah restoran de' Bumi Nini cabang Rumah Makan Bumi Aki di Puncak Jawa Barat untuk menikmati masakan Sunda Asli. Kami juga dibawa bersolat di Masjid At-Taa'wun. Kemudian, kami bertolak ke Cisarua Bogor yang menempatkan Taman Safari Indonesia.

Memerlukan keberanian dan jati diri



MAJLIS PERSARAAN KETUA SEKTOR SPI, TN. HJ. ROZALI BIN HASHIM


Delegasi menjamu selera


Hidangan menu masakan Indonesia



Tn. Hj. Zulkifli bin Ghazali mempengerusikan majlis



Ucapan oleh Pengerusi Majlis Pengetua-pengetua Malaysia, Tn Hj. Abdul Rashid b. Othman


Ucapan oleh Tn. Hj. Mahir bin Mohamad, Pen. Pengarah Kanan Unit Operasi Dakwah


Ucapan oleh Ust. Nazri bin Hamid, Pen. Pengarah Kanan Unit IPA


Ucapan oleh Ust. Ismail b. Yahya, Pen. Pengarah Kanan Pengurusan GPI Menengah


Ucapan dan amanat terahir oleh Tn. Hj. Rozali bin Hashim, Ketua Sektor SPI, JPN Kedah


Cenderamata penghargaan daripada Sektor Pendidikan Islam


Penulis bergambar bersama Ketua Sektor dan barisan pengetua dan pentadbir sekolah
















SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH