Rombongan delegasi berkumpul di dua lokasi untuk menaiki bas berdasarkan kedudukan sekolah iaitu perkarangan JPN Kedah jam 8.00 pagi dan PPD Kuala Muda/ Yan pada jam 9.00 pagi. Lebih kurang jam 10.00 pagi, delegasi bertolak ke Kuala Lumpur untuk menginap di sana sebelum ke Negeri Sembilan. Delegasi tiba di CaPITOL HOTEL, Star Hill jam 4.00 petang.
Delegasi menaiki bas ke KL/ N9
Menginap di CaPITOL HOTEL Bukit Bintang
Hari Kedua (Jumaat)
Delegasi disambutan oleh warga SHAMS
Pengetua Cemerlang, Pn Hjh Wan Ruhayah bt Wan Yaacob
Barisan Pentadbir Sekolah. Penolong-penolong Kanan HEM dan Kokurikulum
Kami ditayangkan dengan persembahan multimedia mengenai sejarah, guru dan pelajar SHAMS, pencapaian akademik dan kokurikulum dan anugerah-anugerah yang diterima. Seterusnya sesi penyampaian cenderahati.
Kemudian, kami dibawa melawat beberapa bilik dan tempat seperti Bilik Pusat Operasi Wawasan (Dokumentasi), Galeri Sejarah, Ruang dan Bilik CERDIK CATUR, Bilik Operasi BADAR, Balai Cerap, sudut informasi, persekitaran sekolah dan Surau SHAMS (yang diberi kebenaran oleh pejabat mufti untuk mengadakan solat Jumaat). Kami bersolat Jumaat di sini dan apa yang menariknya, khatib, imam dan bilal semuanya terdiri dari pelajar SHAMS sendiri. Lebih kurang jam 2.00 petang, program di SHAMS selesai dan kami pun bertolak ke SMA Dato’ Klana Petra Maamor (SMAD Klana), Seremban.
Lebih kurang jam 3.00 petang kami pun sampai ke SMAD Klana. Kami disambut dengan persembahan dikir barat oleh pelajar-pelajar SMAD Klana. Kemudian kami dibawa ke Bilik Mesyuarat. Ucapan dan taklimat oleh pengetua, Ust. Solahuddin Abd Rahman, ucapan Pegawai SPI Ust. Adnan, JPN N.Sembilan dan ucapan KPP SPI, JPN Kedah, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah.
Kemudian, kami dibawa melawat Bilik Dokumentasi, Galeri Sejarah, Galeri Ulama, Bilik Kaunseling, Bilik Guru Kanan (GK), Bengkel KHB, Sudut-sudut maklumat dan persekitaran sekolah. Program tamat jam 6.00 petang dan kami bertolak pulang ke negeri Kedah. Semasa dalam perjalanan kami sempat mengadakan bengkel mengikut jawatan masing-masing. Semua peserta berasa puas dan berterima kasih di atas program yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Hasil daripada program ini akan dimanfaatkan ke sekolah masing-masing bagi memantapkan pengurusan HEM dan Kokurikulum khasnya dan memajukan sekolah amnya agar setanding dengan sekolah-sekolah elit. Delegasi selamat tiba di perkarangan JPN Kedah jam 2.30 pagi.