Selaras dengan surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah bertarikh 4 Mac 2010, no rujukan JPK 03-07/3198(18) agar semua sekolah dalam negeri diselaraskan tarikh sambutan hari guru pada 16 Mei 2010. Maka pihak sekolah tidak terkecuali untuk menyambut perayaan Hari Guru 2010 pada tarikh tersebut.
Pada tahun ini, tema hari guru iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa” masih lagi digunakan seperti tahun lepas (2009). Sambutan hari guru kali ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4. Semua pelajar memainkan peranan dan tugas masing-masing.
Antara slot program ialah Sukaneka dan Acara Dewan dimana ucapan dari wakil pelajar, perutusan hari guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia oleh Pen. Kanan Kokurikulum, Bacaan Ikrar oleh Cikgu Mohd Nizam, nyanyian koir diketuai oleh Cikgu Nazwa Sabudin, persembahan pelajar dan demo silat serta ucapan perasmian penutup. Program tamat jam 1.30 petang. Di akhir program guru dijemput untuk menghadiri jamuan khas untuk guru.
Secara keseluruhan program ini sangat berjaya dan tahniah untuk pelajar tingkatan 4 di atas komitmen dan kejayaan tersebut.
Acara dimulakan dengan senamrobik dan aktiviti renggangan badan Pelbagai acara sukaneka antara guru dan pelajar.
Ucapan aluan oleh pengacara majlis.
Persembahan silat oleh Persatuan Seni Silat Harimau Bentara Garang
Ucapan oleh wakil pelajar, Sdr. Naqiuddin (Ketua Pengawas Sekolah)
Persembahan Nasyid oleh pelajar tingkatan 1
Pen. Kanan Kokurikulum menyampaikan amanat dan perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia sempena Sambutan Perayaan Hari Guru 2010
Bacaan Ikrar dan nyanyian koir oleh guru-guru
Barisan guru SMAHI
Persembahan seloka oleh pelajar tingkatan 3A
Sajak yang disampaikan oleh pelajar didedikasikan khas kepada para guru
Persembahan oleh Urusetia Program, pelajar puteri tingkatan 4
Sesi pertukaran hadiah sesama guru.
Ucapan serta perasmian penutup program oleh Tuan Pengetua
Jamuan Makan Guru