Berdasarkan garis panduan tersebut, Unit Kokurikulum juga mengadakan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan ini dikendalikan oleh murid-murid. Lazimnya aktiviti yang dijalankan dalam perhimpunan tersebut ialah doa, bacaan Al-Quran, ucapan guru penasihat unit-unit kokurikulum, ucapan Pen. Kanan Kokurikulum dan ucapan Tuan Pengetua. Sekiranya terdapat majlis seperti penyampaian hadiah (sukan/kokurikulum) ianya akan dibuat pada masa tersebut dan diuruskan sepenuhnya oleh murid-murid.
Rasionalnya, agar murid-murid dapat mempelajari cara berkomunikasi/ berinteraksi, bagaimana menguruskan acara & protokol serta membiasakan mereka berucap di depan orang ramai (public speaking).
Dari kiri: Mohd Nizam b. Mhd Zakuan (guru penasihat KRS), Mohammad Yusnal b. Hj Lahadzir (Pen. Kanan Kokurikulum) dan Muhammad Hafiz b. Abd. Halim (guru penasihat).
Majlis dimulakan dengan meng'Amin'kan bacaan doa.