AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Wednesday, November 24, 2010

MAJLIS PELANCARAN KELAB ULUL ALBAB

Pada 10 Oktober 2010 bersamaan 2 Zulkaedah 1431H bertempat di Dewan Serbaguna Padang Sera, Kodiang Kedah, telah diadakan Majlis Pelancaran Kelab Ulul Albab dan Seminar Brain Base Learning Sekolah-sekolah Daerah Kubang Pasu. Program ini dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu.



Majlis ini disempurnakan oleh YB. Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, Pengerusi Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu.
Majlis ini dihadiri oleh guru-guru dari sekolah di daerah Kubang Pasu, Pegawai-pegawai kerajaan, NGO dan penduduk setempat.


Matlamat pelancaran majlis ini adalah untuk menubuhkan Kelab Ulul Albab di sekolah-sekolah seluruh daerah Kubang Pasu. Program Ulul Albab ini adalah satu program pendidikan gabungan program sedia ada (akademik) dengan program aliran Agama termasuk Tahfiz Al-Quran. Program ini adalah untuk melahirkan ahli profesional dan teknokrat serta mahir dalam bidang keagamaan berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab yang bercirikan;
1. Qur'anik
Menghafaz 30 juzuk Al-Qur'an serta memahaminya berdasarkan konsep baca, ingat, faham, fikir, amal dan sebar. Sasaran hafazan ialah 30 juzuk Al-Qur'an.
2. Ensiklopedik
Berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, menjadi sumber rujukan serta menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa asing.
Mengadakan kelas Bahasa Arab.
Berkemahiran menggunakan kemudahan ICT yang lengkap dan terkini.
Mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti Kemahiran Asas Tingkatan 1, Kemahiran Amalan Belajar dan Kursus Kemahiran Berfikir
3. Ijtihadik
- Berkeupayaan memberikan pandangan dalam menyelesaikan masalah ummah, memaksimakan keupayaan berfikir, berfikiran kreatif dan inovatif serta menguasai bidang teknologi.
- Menyertai kelab-kelab berteknologi tinggi seperti Kelab Robotik, Solar.
- Aktiviti kokurikulum konvensional bagi memantapkan sahsiah dan perkembangan minda dan fizikal para pelajar.
- Aktiviti keusahawanan bagi melahirkan pelajar yang mampu menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.


Seminar Brain Base Learning

Sunday, October 10, 2010

LAWATAN PENANDA ARAS PENTADBIR SABK NEGERI KEDAH 2010

Bertarikh 30 September 2010 (Khamis), satu program Lawatan Penanda Aras Pentadbir Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Negeri Kedah 2010 telah dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Delegasi yang terlibat dalam lawatan ini terdiri daripada Penolong Kanan HEM dan Penolong Kanan Kokurikulum SABK negeri Kedah. Destinasi lawatan adalah ke Seremban, Negeri Sembilan. Dua buah sekolah telah dipilih untuk dilawati iaitu SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS) dan SMA Dato’ Klana Petra Maamor (SMAD Klana). Program yang berlangsung 2 hari 2 malam itu bertujuan untuk melihat pentadbiran dan pengurusan Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum untuk diadaptasi dan diperkukuhkan ke sekolah masing-masing. Turut serta dalam lawatan ini, Ketua Penolong Pengarah SPI, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah, Pen. Pengarah Penyelarasan Bantuan Sekolah Agama, Tn. Hj. Zulkifli bin Ghozali, Pegawai-pegawai SPI dan Pegawai PPD Kuala Muda/ Yan.
Hari Pertama

Rombongan delegasi berkumpul di dua lokasi untuk menaiki bas berdasarkan kedudukan sekolah iaitu perkarangan JPN Kedah jam 8.00 pagi dan PPD Kuala Muda/ Yan pada jam 9.00 pagi. Lebih kurang jam 10.00 pagi, delegasi bertolak ke Kuala Lumpur untuk menginap di sana sebelum ke Negeri Sembilan. Delegasi tiba di CaPITOL HOTEL, Star Hill jam 4.00 petang.

Delegasi menaiki bas ke KL/ N9

Menginap di CaPITOL HOTEL Bukit Bintang


Hari Kedua (Jumaat)

Pada jam 8.00 pagi, delegasi bertolak ke SMKA Sheikh Haji Mohd Said (SHAMS), Seremban. Tepat jam 10.00 pagi delegasi tiba di perkarangan sekolah tersebut. Kami disambut oleh pengetua dan guru-guru sekolah tersebut. Kami dibawa terus ke Bilik Mesyuarat SHAMS. Ucapan aluan oleh Pengetua Cemerlang, Puan Hajah Wan Ruhayah bt Wan Yaacob, ucapan oleh Ketua Sektor SPI, JPN N.Sembilan dan ucapan oleh wakil delegasi, Ketua Pen. Pengarah SPI Tn. Hj. Abdul Aziz Abdullah.

Delegasi disambutan oleh warga SHAMS


Berdasarkan ucapan Pengetua Cemerlang SHAMS, sekolah ini merupakan sekolah kluster (kebitaraan) (pada 2008) yang mana telah memenangi pelbagai kejayaan dan pelbagai anugerah antaranya Anugerah Kualiti KPM, Johan 3K (Kebangsaan), Anugerah Kecemerlangan SMKA 2007, 2008, 2009 dan lain-lain anugerah. Sekolah ini menekankan 3 watak atau ‘niche area’ iaitu Memperkukuhkan Pendidikan Islam, Memperkasa Pengurusan Kokurikulum (BADAR PERDANA) dan melahirkan pemain catur (CERDIK CATUR).


Pengetua Cemerlang, Pn Hjh Wan Ruhayah bt Wan Yaacob

Barisan Pentadbir Sekolah. Penolong-penolong Kanan HEM dan Kokurikulum

Kami ditayangkan dengan persembahan multimedia mengenai sejarah, guru dan pelajar SHAMS, pencapaian akademik dan kokurikulum dan anugerah-anugerah yang diterima. Seterusnya sesi penyampaian cenderahati.

Kemudian, kami dibawa melawat beberapa bilik dan tempat seperti Bilik Pusat Operasi Wawasan (Dokumentasi), Galeri Sejarah, Ruang dan Bilik CERDIK CATUR, Bilik Operasi BADAR, Balai Cerap, sudut informasi, persekitaran sekolah dan Surau SHAMS (yang diberi kebenaran oleh pejabat mufti untuk mengadakan solat Jumaat). Kami bersolat Jumaat di sini dan apa yang menariknya, khatib, imam dan bilal semuanya terdiri dari pelajar SHAMS sendiri. Lebih kurang jam 2.00 petang, program di SHAMS selesai dan kami pun bertolak ke SMA Dato’ Klana Petra Maamor (SMAD Klana), Seremban.

Lebih kurang jam 3.00 petang kami pun sampai ke SMAD Klana. Kami disambut dengan persembahan dikir barat oleh pelajar-pelajar SMAD Klana. Kemudian kami dibawa ke Bilik Mesyuarat. Ucapan dan taklimat oleh pengetua, Ust. Solahuddin Abd Rahman, ucapan Pegawai SPI Ust. Adnan, JPN N.Sembilan dan ucapan KPP SPI, JPN Kedah, Tn. Hj. Abdul Aziz bin Abdullah.





Pengetua SMAD Klana, Ust.Solahuddin bin Abd Rahman


Kemudian, kami dibawa melawat Bilik Dokumentasi, Galeri Sejarah, Galeri Ulama, Bilik Kaunseling, Bilik Guru Kanan (GK), Bengkel KHB, Sudut-sudut maklumat dan persekitaran sekolah. Program tamat jam 6.00 petang dan kami bertolak pulang ke negeri Kedah. Semasa dalam perjalanan kami sempat mengadakan bengkel mengikut jawatan masing-masing. Semua peserta berasa puas dan berterima kasih di atas program yang dianjurkan oleh Sektor Pendidikan Islam, JPN Kedah. Hasil daripada program ini akan dimanfaatkan ke sekolah masing-masing bagi memantapkan pengurusan HEM dan Kokurikulum khasnya dan memajukan sekolah amnya agar setanding dengan sekolah-sekolah elit. Delegasi selamat tiba di perkarangan JPN Kedah jam 2.30 pagi.

Tuesday, August 17, 2010

INFO TERBARU!!

SURAT SIARAN JPN KEDAH BERTARIKH 28 JULAI 2010
GARIS PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM DI HARI PERSEKOLAHAN DAN PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM

Berdasarkan surat siaran tersebut yang diterima oleh pihak sekolah pada 8 Ogos 2010, dimaklumkan bahawa pelaksanaan pemakaian pakaian seragam kokurikulum oleh murid-murid telah ditukar dari hari Rabu ke hari SELASA setiap minggu pada waktu persekolahan.

Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum SMA Hidayah Islamiah telah mengambil tindakan segera terhadap perkara tersebut bermula pada hari Selasa 17 Ogos 2010 bersamaan 7 Ramadhan 1431H. Harap Maklum.

Wednesday, July 28, 2010

PERTANDINGAN PENCAK SILAT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUBANG PASU 2010

Satu pertandingan pencak silat sekolah-sekolah daerah Kubang Pasu 2010 pada 20 hingga 21 Julai 2010 bertempat di SMK Ayer Hitam. Antara acara yang disertai adalah Seni Tari dan Tempur. 3 orang pelajar dari Pertubuhan Seni Silat Harimau Bentara Garang telah dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut. Pelajar-pelajar tersebut adalah;
1. Mohd Asyraf bin Jamaludin
2. Zulhairy bin Ibrahim
3. Norman bin Saad

Sunday, July 18, 2010

KURSUS SIJIL ASAS BSMM


Satu Kursus Sijil Asas Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) untuk ahli-ahli sekolah menengah daerah Kubang Pasu telah diadakan pada 9 hingga 10 Julai 2010 (Jumaat-Sabtu)bertempat di Dewan SMK Ayer Hitam, Air Hitam Kedah. Kursus yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir jam 6 ptg.
Di akhir kursus tersebut, peserta akan menduduki 3 jenis ujian untuk membolehkan mereka mendapat lencana (batch) berdasarkan kemahiran masing-masing. Sekolah telah menghantar 4 orang peserta (tingkatan 5) untuk menghadiri kursus tersebut. Peserta-peserta tersebut adalah;
1. Sdr. Fahrol Rozi bin Abdullah
2. Sdr. Mohd Adnan bin Abu Bakar
3. Sdri. Nor Afifah bt Md. Yusuf
4. Sdri. Nur Ain bt Mestar

Wednesday, June 23, 2010

KURSUS PEMAKAIAN PANGKAT KOPERAL/ SARJAN PERKHEMAHAN KRS SEKOLAH MENENGAH DAN TKRS SEKOLAH RENDAH DAERAH KUBANG PASU 2010

Unit Badan Beruniform KRS SMA Hidayah Islamiah telah menghantar 4 orang pelajar untuk menyertai Kursus Pemakaian Pangkat Koperal/ Sarjan yang di adakan pada 2 Jun hingga 4 Jun 2010 bertempat di SM Sains Kubang Pasu. Pelajar-pelajar tersebut ialah;

1. Amzar Hafiz bin Bakri (T5) - dinaikkan pangkat Sarjan
2. Mohammad Harith bin Zakariya (T3) - dinaikkan pangkat Sarjan
3. Nor A'dilah binti Abdul Rahman (T4) - dinaikkan pangkat Koperal
4. Shatirah binti Mat Sawi (T2) _ dinaikkan pangkat Sarjan

Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Monday, June 7, 2010

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU 2010

Selaras dengan surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah bertarikh 4 Mac 2010, no rujukan JPK 03-07/3198(18) agar semua sekolah dalam negeri diselaraskan tarikh sambutan hari guru pada 16 Mei 2010. Maka pihak sekolah tidak terkecuali untuk menyambut perayaan Hari Guru 2010 pada tarikh tersebut.

Pada tahun ini, tema hari guru iaitu “Guru Pembina Negara Bangsa” masih lagi digunakan seperti tahun lepas (2009). Sambutan hari guru kali ini dikendalikan oleh pelajar-pelajar tingkatan 4. Semua pelajar memainkan peranan dan tugas masing-masing.

Antara slot program ialah Sukaneka dan Acara Dewan dimana ucapan dari wakil pelajar, perutusan hari guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia oleh Pen. Kanan Kokurikulum, Bacaan Ikrar oleh Cikgu Mohd Nizam, nyanyian koir diketuai oleh Cikgu Nazwa Sabudin, persembahan pelajar dan demo silat serta ucapan perasmian penutup. Program tamat jam 1.30 petang. Di akhir program guru dijemput untuk menghadiri jamuan khas untuk guru.

Secara keseluruhan program ini sangat berjaya dan tahniah untuk pelajar tingkatan 4 di atas komitmen dan kejayaan tersebut.

Acara dimulakan dengan senamrobik dan aktiviti renggangan badan

Pelbagai acara sukaneka antara guru dan pelajar.


Ucapan aluan oleh pengacara majlis.

Persembahan silat oleh Persatuan Seni Silat Harimau Bentara Garang

Ucapan oleh wakil pelajar, Sdr. Naqiuddin (Ketua Pengawas Sekolah)

Persembahan Nasyid oleh pelajar tingkatan 1

Pen. Kanan Kokurikulum menyampaikan amanat dan perutusan dari Menteri Pelajaran Malaysia sempena Sambutan Perayaan Hari Guru 2010

Bacaan Ikrar dan nyanyian koir oleh guru-guru

Barisan guru SMAHI

Persembahan seloka oleh pelajar tingkatan 3A

Sajak yang disampaikan oleh pelajar didedikasikan khas kepada para guru

Persembahan oleh Urusetia Program, pelajar puteri tingkatan 4

Sesi pertukaran hadiah sesama guru.

Ucapan serta perasmian penutup program oleh Tuan Pengetua

Jamuan Makan Guru

Tuesday, May 18, 2010

TAKLIMAT MENCERDIKKAN MINDA MELALUI PEMAKANAN PSIKOAKTIF

Pada 28 April 2010 jam 3.30ptg, satu taklimat mengenai pemakanan bertajuk "Mencerdikkan Minda Melalui Pemakanan Psikoaktif oleh Pakar Pemakanan Era Edar Marketing Sdn Bhd, Puan Anis telah diadakan di sekolah. Taklimat ini adalah anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan disertai oleh semua ahli unit beruniform yang lain iaitu BSMM, KRS dan Seni Silat.

Selain dari pelajar, guru-guru, kakitangan sekolah dan pengusaha kantin juga hadir mendengar taklimat. Banyak maklumat dan informasi yang berguna kepada pelajar bahkan kepada guru juga. Secara kesimpulannya, kita sendiri yang menentukan tahap kecerdikkan kita berdasarkan corak pemakanan. Tepuk dada tanya selera..... Majlis berakhir jam 5.00 ptg.



Pn. Anis, Pakar Pemakanan sedang menyampaikan taklimat kepada pelajar.



Tidak terkecuali Tuan Pengetua bersama Pengusaha Kantin turut serta

Saturday, May 1, 2010

PERKHEMAHAN KRS 2010


Satu perkhemahan Kadet Remaja Sekolah (KRS) di adakan pada 25 - 27 Mac 2010 bertempat di KEM PALAS, Sg. Dara Mandi, Titi Hayun, Yan Kedah. Seramai 56 orang anggota KRS terlibat dalam Perkhemahan Asas Ketua Platun KRS.

Pelbagai slot yang menarik dan mencabar sepanjang program tersebut seperti berjalan malam, pioneering & orientaring, asas pertolongan cemas, safe & rescue (kerja mencari & menyelamat), memasak di dalam hutan dan arah kompas.

Program ini dikendalikan oleh Kem Komander, Lt. Muda Mohd Nizam bin Mohd Zakuan dan di iringi oleh Ketua Guru Penasihat KRS; Lt. Muhamad Naim bin Mohamad Rosli, Pen. Kanan Kokurikulum; Kapten Mohammad Yusnal Hj Lahadzir, Ustz. Siti Hajar Saidin, Cikgu Siti Fairuz Zulkafli dan Cikgu Norazimah Che Omar. Program ini melibatkan jurulatih bertauliah dari kem tersebut.

SELAMAT HARI GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

Saturday, April 24, 2010

MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN ASRAMA PUTERI SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Pada 21 Mac 2010 (Ahad) merupakan hari yang bersejarah bagi warga SMA Hidayah Islamiah. Majlis yang gilang gemilang dan penuh bermakna dihadiri oleh YB Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir, Timb. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jerlun untuk merasmikan bangunan asrama baru yang dinamakan Asrama Saidatina Aisyah R.A


Walaupun majlis ini merupakan kali pertama diadakan (majlis protokol yg. melibatkan menteri), namun majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn Hj Shahidan bin Abd. Rahman, Ketua Sektor Pendidikan Islam, Pn. Hjh Zainab bt. Md Saman dan Pegawai Pelajaran Daerah Kubang Pasu, Tn. Hj. Abu Yazit b. Zain.

Pihak jawatankuasa mengucap terima kasih kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak kerana bertungkus lumus, berkorban masa demi menjayakan majlis ini.


Perarakan oleh Unit-unit Badan Beruniform


Ketibaan YB Dato' Mukhriz

YB berjabat tangan dengan pegawai-pegawai Sektor Pendidikan Islam

Tayangan Multimedia di Bilik Menunggu

YB menandatangani Buku Lawatan

Perarakan mengiringi YB ke pentas utama




Di iringi gendang silat hasil kerjasama JKK Kg.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku



YB dan tetamu meng'amin'kan bacaan doa oleh Ust. Muhd Hafiz Abd. Halim

Adik Mohd Harith b. Zakaria memperdengarkan ayat suci Al-Quran


Kumpulan Nasyid membuat persembahan


Suasana Majlis


Ucapan oleh Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohamad b. Shafie

Ucapan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Tn. Hj. Shahidan b. Abd. Rahman


Ucapan oleh YB Dato' Mukhriz bin Tun Mahathir

Upacara Perasmian..menandatangani Plat Perasmian dan memotong riben


Sidang Akhbar

Sesi bergambar bersama guru dan kakitangan sekolah


Jamuan makan YB dan tetamu


Perbarisan mengiringi kepulangan YB dan tetamu


Pengarah Program, Cikgu Mohammad Yusnal Hj. Lahadzir sempat bergambar dengan YB
bersama peserta nasyid

Buah tangan dari sekolah tanda ingatan.

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH