AL-'AQLU SALEEM FI JISMI SALEEM. Good mind is in good (healthy) body. Akal yang cerdas terletak pada badan yang cergas
"KECEMERLANGAN DICIPTA OLEH INSAN BIASA YANG BEKERJA SECARA LUAR BIASA..."

KEPADA SEMUA GURU SMAHI YANG ADA INFORMASI, PENGUMUMAN, MEMO, ARTIKEL ATAU ISU2 YANG INGIN DIPOST DI PORTAL INI, BOLEH EMAIL KE ADMIN . INSYA-ALLAH AKAN DI-POST SECEPAT MUNGKIN.

email:
cikgu.enal@gmail.com

"MENDAKAP MARDHATILLAH"

.

.
BARISAN PENDIDIK SMA HIDAYAH ISLAMIAH

Wednesday, December 9, 2009

LAWATAN PENANDA ARAS KOKURIKULUM 2009

Tanggal 11 hingga 13 November 2009 yang lalu, Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu telah mengadakan satu Lawatan Penanda Aras Kokurikulum di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban Negeri Sembilan. Delegasi terdiri daripada pegawai PPD, Penolong Kanan Kokurikulum dan guru-guru daerah Kubang Pasu seramai 35 orang.

Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan tentang pengurusan kokurikulum di sekolah serta aspek yang berkaitan dengannya khususnya tentang pelaksanaan kokurikulum dan pendokumentasian di samping menghargai sumbangan para guru yang bertungkus lumus menaikkan nama Daerah Kubang Pasu dalam bidang kokurikulum.

Adalah tepat sekali SDAR menjadi destinasi kami. Sekolah yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah pengurusan kokurikulumnya yang dikatakan mantap sesuai dengan slogannya (SDAR) “Terbilang Tradisi Kami” Sekolah ini telah memenangi Anugerah Cemerlang Kokurikulum Keseluruhan Sekolah Berasrama Penuh 2008!


Program bermula jam 9.00 malam (11 Nov 2009) di mana delegasi berkumpul di perkarangan PPD Kubang Pasu untuk menaiki bas menuju ke Seremban. Perjalanan mengambil masa 12 jam untuk sampai ke Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR). Kami tiba tepat jam 9.15pagi. Apa yang mengujakan, setibanya kami di sana, kami disambut dengan cukup meriah diringi dengan persembahan silat sambil diiringi dengan alunan caklempong oleh pelajar SDAR. Layanan yang diterima dari pihak pengurusan SDAR cukup untuk membuatkan kami berasa selesa dan seperti dinantikan.

Delegasi disambut dengan paluan kompang oleh pelajar SDAR

Ketibaan Delegasi

Persembahan seni silat dan persembahan caklempong
Program bermula dengan ucapan oleh pihak SDAR dan Delegasi PPD, tayangan multimedia, taklimat pengurusan kokurikulum, sesi dialog dan lawatan ke Pusat Dokumentasi SDAR. Banyak input-input baru dan menarik diperolehi dari lawatan ini yang boleh dimanfaatkan di sekolah nanti. Program tamat jam 1.00 petang.

Ucapan oleh Yg. Berusaha, Puan Hjh Norzila binti Hj Idris, Penolong Kanan SDAR

Ucapan oleh Yg. Berbahagia, Encik Idris bin Ahmad, Penolong PPD Hal Ehwal Murid

Penyampaian Cenderamata

Tayangan Multimedia

Taklimat Pengurusan Kokurikulum oleh Encik Mokhtar bin Husin, Mantan PK Kokurikulum SDAR

Sajian Tengahari

Pusat Dokumentasi SDAR

Delegasi PPD Kubang Pasu
Delegasi kemudiannya bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Antara tempat-tempat yang dilawati Menara Taming Sari, Kota A’Famosa, The Stadthuys, Muzium, The Ship dan sekitar bandaraya bersejarah. Kemudian jam 5.30 petang kami bertolak ke Brisdale Hotel, Kuala Lumpur untuk bermalam.

Menara Taming Sari, Melaka
Di Kuala Lumpur (13 Nov 2009), kami berpeluang untuk melawat dan bergambar di Petronas Twin Tower Bridge di tingkat 41. Menara ini mempunyai 88 tingkat keseluruhannya. Panorama indah Kuala Lumpur dapat dilihat dengan jelas dari sini. Penulis berasa sangat kagum dan teruja dengan kepesatan dan kemodenan Kuala Lumpur. Jam 2.30 petang (check-out) delegasi bertolak ke Putrajaya. Kami dibawa melawat Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin yang kebetulan baru dibuka secara rasmi pada hari tersebut. Masjid ini juga dikenali sebagai ‘Iron Mosque’ kerana masjid ini hampir keseluruhan strukturnya dibuat dari besi keluli. Penulis dimaklumkan masjid ini menggunakan 6,000 tan besi keluli yang diimport dari Jerman. Kemudian kami berpeluang menaiki Tasik Cruise untuk bersiar-siar melihat panorama dan bangunan-bangunan di sekitar tasik Putrajaya. Jam 8.30 malam kami bertolak pulang ke Jitra selepas singgah makan dan solat di Alamanda Putrajaya. Delegasi selamat sampai jam 3.30 pagi.
Petronas Twin Tower Bridge

Pemandangan kotaraya KL dari atas Petronas Twin Tower Bridge

Bersiar-siar sekitar Tasik Putrajaya dengan Cruise Tasik

Penulis bergambar berlatar belakangkan Masjid Besi (Iron Mosque), Putrajaya

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH

MAKSUD BENDERA

MAKSUD BENDERA

LAGU SEKOLAH

LAGU SEKOLAH
"Mendakap Mardhatillah"

HALA TUJU SEKOLAH

HALA TUJU SEKOLAH